ARKIB

KATEGORI

Buletin

KIA siar foto rasmi Sportage generasi baharu – Muka garang macam Predator!

Berita Global

Views

Setelah menayangkan iklan acah pada hujung bulan lalu, akhirnya gergasi automotif Korea SelatanKIA menayangkan foto-foto rasmi pertama Sportage serba baharu (2022) yang bakal dilancarkan di negara “K-Pop” tersebut pada bulan Julai nanti.

Model ini akan turut diancarkan di Eropah pada bulan September dan kemudiannya disusuli oleh pasaran di Amerika Utara. Pandangan pertama pada model ini, ia sememangnya sangat berbeza berbanding generasi Sportage sebelumnya.

Reka bentuknya juga agak radikal dan menimbulkan sedikit kontroversi kerana rupanya agak ekstrem, iras muka ‘Predator‘. Sportage 2022 menampilkan lenggok bahasa rekaan “Opposites United” yang boleh dilihat pada muka hadapan dengan jeriji kemasan hitam yang digabungkan dengan lampu hadapan yang unik bersama lampu siang LED.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Dari segi visual, Sportage 2022 nampak agak besar dan sekilas pandang dari profil sisi, ia mirip Perodua Aruz/Toyota Rush namun dengan otot badan yang lebih kemas dan padu. Pengaruh rekaan EV6 agak kuat pada model ini terutama sekali dari bahagian belakang yang menampilkan rekaan lebih konvensional dengan lampu belakang yang disambungkan dengan jejalur LED.

Sekali lagi gaya rekaan Toyota Rush kelihatan pada kemasan berwarna krom kusam di bahagian bampar yang melentik seperti misai “Wak Doyok“. Mungkin, ini trend semasa pengeluar automotif yang mahukan unsur hipster dalam rekaan kenderaan mereka. Secara keseluruhan rekaan luaran model ini berada pada kelasnya yang tersendiri

Di bahagian dalam, KIA telah melakukan satu perubahan yang drastik dan berjaya menaikkan tahap premium ruang kabin model ini setanding dengan model Sorento. Reka letak papan pemukanya disusun dengan cukup kemas dengan menampilkan dua panel skrin gergasi yang berfungsi sebagai meter digital dan unit infohiburan.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Rekaan corong pendingin hawa menampilkan bentuk tiga dimensi yang menonjol manakala unit pelarasnya menggunakan jenis digital. Perubahan paling ketara adalah konsol tengah di bahagian lantai yang menampilkan tuil gear yang boleh diputar.

Selain itu, kelihatan juga butang mod pemanduan dan juga pelaras untuk pemanas / pengudaraan tempat duduk hadapan. Buat masa ini tiada maklumat mengenai pilihan enjin yang ditawarkan, namun besar kemungkinan varian hibrid plug-in akan turut berada dalam senarai.

Menurut naib presiden kanan dan ketua Pusat Reka Bentuk Global KIA, Karim Habib, dengan Sportage baharu, mereka bukan sahaja mahu melangkah ke hadapan, malah mahu SUV ini beralih ke tahap yang sama sekali berbeza dalam kelasnya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply