ARKIB

KATEGORI

Buletin

Floyd Mayweather belanja RM4 juta ‘hadiahkan’ kawan-kawan kereta

Berita Global

Views

Floyd Mayweather menghabiskan £700,000 (RM4 juta) membeli sembilan buah kereta untuk dihadiahkan kepada rakan-rakannya menjelang pertarungan dengan Logan Paul.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurut Berita Harian, bintang berusia 44 tahun itu yang dilabel sebagai petinju terbaik dalam generasinya, membeli lapan buah kereta untuk mereka yang rapat dengannya dan sebuah kereta mewah Rolls-Royce untuk dirinya sendiri.

Salah seorang rakan Mayweather mendedahkan petinju itu membeli model Rolls-Royce Ghost. Lelaki yang dikenali sebagai Chop, iaitu pemilik kepada kedai kereta Towbin Auto Group di Las Vegas, mengesahkan Mayweather membeli kereta di tempatnya.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Petinju yang mempunyai rekod 50-0 itu dikatakan sudah membeli 157 buah kereta dari Towbin sepanjang kariernya. Antaranya termasuklah 29 buah kereta mewah model berbeza Rolls-Royce. Difahamkan nilai kesemua kereta milik Mayweather mencecah £20 juta (RM116.9 juta).

Ia termasuk Rolls-Royce bernilai lebih £3 juta (RM17.5 juta) dan empat buah Bugatti Veyron bernilai £1.7 juta (RM9.9 juta). Menariknya, koleksi kereta Mayweather hanya mempunyai dua warna, iaitu putih dan hitam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply