ARKIB

KATEGORI

Buletin

Skoda Superb baharu memang “superb”!

Views

2015-Skoda-Superb-6

Mantap! Generasi baharu Skoda Superb yang bakal membuat penampilan sulung di Geneva tidak lama lagi. Skoda sendiri mengakui bahawa inilah kereta buatan Skoda yang terbaik pernah dihasilkan. Superb generasi ketiga ini lebih besar, rupa yang lebih elegan dan lebih mewah jika hendak dibandingkan dengan model Octavia ketika ini yang disasarkan untuk menyaingi nama-nama besar seperti Ford Mondeo, VW Passat dan Mazda6.

Dibangunkan daripada platform modular terbaharu kumpulan VW yang lebih dikenali dengan nama MQB, Superb mempunyai panjang tapak roda lebih 80mm pada 2,841mm (111.85 inci), tetapi pada masa yang sama bahagian hadapannya lebih pendek 61 mm dari yang sebelumnya. Superb juga adalah yang pertama menggunakan ciri-ciri perdana pada model Skoda dengan adanya teknologi seperti Dynamic Chassis Control (DCC) dengan Driving Mode Select, penghawa dingin tiga-zon, bonet elektrik, bumbung panoramik elektrik, kamera undur, brek parkir elektrik dan sistem infotainment dan sambungan dengan Wi-Fi hotspot.

Generasi ketiga Superb juga lebih ringan 75kg (165 lbs), manakala enjin baharunya mampu menjimatkan 30 peratus penggunaan bahan api dan lebih mesra alam. Unit enjin petrol berkapasiti 1.4-liter, 1.8-liter dan 2.0-liter turbo ditawarkan oleh Skoda sebagai pilihan. Kesemuanya dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar manakala empat enjin turut ditawarkan dengan sistem pacuan semua roda menggunakan klac Haldex 5. Superb bakal menemui pelanggan di Eropah pada penghujung tahun ini.

KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

2015-Skoda-Superb-8 2015-Skoda-Superb-7 2015-Skoda-Superb-4 2015-Skoda-Superb-2 2015-Skoda-Superb-3 2015-Skoda-Superb-1 2015-Skoda-Superb-11

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply