ARKIB

KATEGORI

Tular

Berang cermin sisi dipukul, pemandu Tesla himpit penunggang motosikal sehingga terjatuh

Tular

Views

Akibat bertindak keterlaluan memukul cermin sisi sebuah kereta, seorang penunggang motosikal dilanggar di Lebuhraya Sprint di Kuala Lumpur pada Isnin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Superintenden Suffian Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku jam 8.30 pagi semasa penunggang motosikal menunggang di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong tengah ke lorong kanan menyebabkan penunggang motosikal terhimpit ke kanan jalan.

Penunggang motosikal yang merupakan seorang lelaki berusia 25 tahun telah bertindak memukul cermin sisi sebelah kanan kereta tersebut dengan tangan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Akibat kejadian itu, pemandu Tesla tersebut telah bertindak menghimpit penunggang motosikal sehingga terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, ekoran kemalangan itu penunggang motosikal mengalami kecederaan luka di tangan, lutut dan kaki.

Tambah beliau, penunggang motosikal telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply