Nama Stinger memang cukup sinonim dengan pelancar roket atas bahu buatan Amerika Syarikat. Tetapi kali ini nama tersebut telah diguna pula oleh KIA untuk model sedan sport terbaharu mereka yang juga dinamakan Stinger. Dengan rekabentuk luaran dan dalaman yang sememangnya diluar jangkaan, Stinger bakal ‘menyengat’ pesaingnya dari Eropah seperti BMW 3-Series dan 4-Series Gran Coupe, Audi A4 dan A5 serta pencabar dari Jepun, Infiniti Q50 dan Lexus IS.
Stinger merupakan versi pengeluaran model konsep sedan sport pacuan roda belakang KIA GT pada 2011 dan bakal membuat kemunculan global di Detroit. Rekabentuknya mengingatkan kita kepada model Audi A7 Sportback, dan ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana Ketua Perekabentuk KIA, Peter Schreyer juga merupakan bekas pereka Audi suatu ketika dahulu.
KIA menyatakan model ini mempunyai jarak roda lebih panjang dari pesaingnya serta lebih panjang dan lebar untuk memberikan kelegaan ruang kepada penumpang selain mempunyai ruang kargo yang terbesar dalam kelasnya. Untuk pasaran Amerika Utara, Stinger bakal menggunakan enjin 2.0-liter berpengecas turbo (255hp dan 352Nm tork) sebagai unit asas dan enjin 3.3-liter turbo V6 (365hp dan 494Nm tork) yang mampu mencecah kelajuan maksima 269km/h. Kedua-duanya akan dipadankan dengan transmisi lapan-kelajuan automatik dengan pilihan pacuan semua roda.
Untuk pasaran Eropah, satu lagi pilihan enjin diesel akan ditawarkan, namun segala perincian mengenainya hanya akan diketahui semasa Geneva Motor Show bulan Mac nanti. Pembangunan casis model ini dibuat di Eropah, dan banyak masa telah dihabiskan di Nürburgring untuk diuji oleh sekumpulan jurutera yang diketuai oleh Timbalan Presiden Eksekutif untuk ujian kenderaan dan pembangunan berprestasi tinggi Hyundai-Kia, Albert Biermann yang juga mantan bos di BMW M division.
Stinger bakal menjadi model KIA yang pertama menawarkan penyerap hentak boleh laras dan supensi elektronik boleh laras yang dinamakan Dynamic Stability Damping Control. Stereng kuasanya juga boleh dilaras melalui lima mod pilihan pemanduan. Model ini dijuga sarat dengan perkakasan keselamatan yang terkini termasuklah Bantuan Perlanggaran Hadapan (Forward Collision Assistance (FCA) dan Brek Kecemasan Berautonomi Autonomous Emergency Braking (AEB) dengan pengesan pejalan kaki, Bantuan Kekal Lorong dan sistem infohiburan dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh inci. Stinger akan mula masuk ke pasaran Amerika Syarikat pada musim panas tahun ini, namun tanda harganya masih lagi belum diumumkan.
KLIK UNTUK BESARKAN
banyak proton kena belajar dari kia ni
Syabas KIA.. Kereta Mewah berkuasa tinggi KIA yang pertama menjelang 2018.. Stinger.!! Pergi macam roket.. heheheh
Buniyi macam rebut..pergi macam siput…hadap je lah proton.
Proton? Di mana kah anda sekarang ini? Mana Iriz yang dah refine seperti Persona? Mana enjin TGDI? Mana gearbox CVT Jatco yang kununnya nak diguna pada tahun 2016? Ni dah tahun 2017 la Proton!
Baik guna 4 speed E-AT Perodua je daripadfa CVT Punch!