ARKIB

KATEGORI

Tular

KJ jatuh basikal langgar lubang jalan

Tular

Views

Jalan berlubang tidak mengenal pangkat dan darjat. Itulah yang berlaku kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang mengalami kemalangan kecil siang tadi. Menurut Harian Metro, Khairy memaklumkan di Instagram Storynya yang beliau cedera ringan akibat terlanggar lubang jalan semasa sedang berbasikal.

JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50

Ia mengakibatkannya terjatuh ke dalam parit di tepi jalan tersebut. Ahli Parlimen Rembau itu turut memuat naik gambarnya yang mengalami kesan calar di bahagian dahi, hidung di ruangan IG Storynya. Beliau turut berkongsi gambar lubang dan parit terbabit di ruangan yang sama tetapi tidak menyatakan di mana lokasi kejadian itu berlaku.

JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios GR ke tu?

Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Raja Abu Bakar juga memuat naik ciapan di Twitter yang memaklumkan keadaan terkini menteri tersebut yang hanya mengalami kecederaan kecil dan tidak serius. Perkongsian di Twitter itu telah mendapat perhatian pengikut dengan rata-rata mendoakan agar Khairy dalam keadaan baik.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021
JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!
JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply