Senangnya dalam hati,
Kalau beristeri dua,
Terasa dunia ini,
Ana yang punya…
Gembira sungguh Abang Jamil bila isteri-isterinya sanggup ‘bagi lampu hijau’ padanya untuk ‘tambah cawangan’ satu lagi. Dengan ‘Cik Mera’ pulak tu, alah.. anak perempuan Tuan Nik Hassan. Takde lah, kami gurau je. Sebenarnya isteri-isteri Abang Jamil dah restu dan setuju kalau suami mereka nak ‘melamar’ Nissan Almera baharu.
Bukan apa, ‘Cik Mera’ yang baharu ni dah tak macam dulu lagi, sekarang ‘kemain’ berseri-seri. Sampai Abang Jamil tidur tak lena hingga termimpi-mimpi. Apa rahsia ‘Cik Mera’ sampai mereka jadi ‘angau’ macam tu sekali? Mungkin ini5 rahsia yang kami rasa mampu membuatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’, macam isteri-isteri Abang Jamil juga nanti.
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
Dulu gebu, sekarang padu
Apa yang pasti ‘Cik Mera’ semakin jelita. Tipu lah kalau anda tak terpesona tatkala melihatnya. Reka bentuknya dah tak gebu macam dulu, sekarang dah makin ‘padu’. Bila melihatnya meluncur di jalan raya, seolah-olah melihat kereta dalam segmen-C, bukannya dari segmen-B. Almera baharu ini ibarat Sentra/Slyphy versi kompak, al-maklumlah adik-beradik kan?
‘Tabik spring’ kami kepada para pereka Nissan yang telah berjaya mengubah penampilan Almera baharu dengan menyuntik elemen rekaan terbaharu Nissan bertemakan “Emotional Geometry”, yang menonjolkan wajah dengan jeriji V-Motion. Masuk pulak dengan warna Radiant Red ni kan? Merecik beb! Orang perempuan mesti suka punya.
Enjin kecil tapi ada DNA ‘Kaiju’
Apa benda pulak ‘Kaiju’ ni? Ada kaitannya dengan Almera baharu? Kaiju dalam bahasa Jepun bermaksud raksasa. Apa kena mengena raksasa dengan kereta? Kalau anda nak tahu, enjin Almera baharu ada teknologi yang berasal dari Nissan GT-R yang digelar raksasa “Godzilla/Gojira“.
Enjin 1.0 liter turbo ini dilengkapi dengan Electronic Wastegate dan juga Mirror Bore Coating Technology yang berasal dari model lagenda Nissan itu. Enjin ini mampu menghasilkan 152 Nm daya kilas dengan purata penggunaan bahan bakar 18.4 km/l.
Bukan itu sahaja, enjin ini digandingkan pula dengan kotak gear CVT Xtronix dengan D-Step Logic untuk semua varian, memang tak pilih kasih. Enjin ‘power‘, minyak pun jimat. Jadi tak pening kepala nak balik ke rumah mertua. Apa yang menarik, kos untuk cukai jalan pun rendah, dalam RM20 je setahun!
Kabin yang selesa dan mewah
Satu lagi perkara yang kami rasa isteri anda suka pada model ini adalah ruang kabinnya. Sangat lapang, selesa dan nampak mewah. Susun atur reka letak papan pemukanya cukup ringkas dan kemas, sedap mata memandang. Semua butang kawalan juga mudah untuk ditekan dan dicapai.
Anda sudah pasti suka dengan reka bentuk stereng yang sporty dan tempat duduk depan separa bucket yang diinspirasikan dari Graviti Sifar. Ia mampu mengurangkan rasa letih anda semasa perjalanan jauh, selain ia nampak lebih premium dengan kemasan gelap.
Selain itu, Almera baharu turut dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh dilipat 60:40, 3 port USB, kawalan suhu intuitif automatik dan ruang but yang luas, 482 liter. Jadi kalau anda balik rumah mertua, ‘sakan’ la isteri anda bawa balik barang dari rumah mak dia nanti. Si dia ‘happy‘, anda pun senang hati.
JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya
Ciri keselamatan canggih
Tidak lengkap sesebuah kenderaan moden jika tiada ciri-ciri keselamatan canggih dan terkini. Begitu juga Almera baharu yang dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti Sistem Brek Anti-kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dengan Kawalan Cengkaman (TC), Bantuan Mula Mendaki (HSA), ISOFIX serta dua beg udara (varian VL) manakala enam beg-udara untuk (varian VLP dan VLT).
Selain itu, semua varian Almera baharu turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan Nissan Safety Shield 360 yang terdiri daripada Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (IFCW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB). Untuk varian paling VLT, ia mendapat fungsi paling lengkap yang meliputi Monitor Pemantauan Keliling Pintar (IAVM) dengan Pengesan Objek Bergerak (IMOD), Sistem Amaran Titik Buta (BSW) dan juga Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).
Anda bukan sahaja dapat kereta yang cantik dengan enjin berkuasa, malah keselamatan isteri, bakal isteri, anak-anak serta mentua yang akan menaiki kereta ini akan lebih terjamin.
Harga dan pakej selepas jualan yang menarik
Ini yang paling penting bila anda ingin membuat pembelian kereta baharu, iaitu bayaran bulanan dan anggaran kos penyelenggaraannya nanti. Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan Promosi Pembiayaan Flexi bagi model Almera baharu, iaitu RM688 sebulan bagi varian VL, RM738 sebulan untuk varian VLP manakala RM788 sebulan untuk varian VLT. Tapi anda kena cepat kerana ia sah sehingga 31 Disember 2020 sahaja.
Bagi kos penyelenggaraan pula, ETCM turut menawarkan lima kali servis percuma termasuk kos upah dan alat ganti dalam tempoh lima tahun. Menurut rakan media di Paultan.org, kos servis Almera baharu untuk tempoh 5 tahun adalah dalam lingkungan RM1, 776.72 dan ia jauh lebih rendah daripada pesaing terdekatnya.
Jadi anda boleh berjimat dan boleh belanja isteri rantai emas atau bawa satu keluarga melancong sekali-sekala pada musim cuti. Kesimpulannya, ‘Cik Mera’ cukup membuatkan anda tergoda. Buatlah tempahan segera sementara ‘cuti cukai jualan’ masih ada.
Butang baju Melayu aku mana Pah!
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
KOMEN TERKINI