ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Berita Tempatan

Views

Ini berita baik buat kita semua. Selama ini kalau kita parkir kenderaan di kawasan berbayar sebagai contoh di pusat membeli-belah, lapangan terbang mahupun hotel atau sebagainya, fasal atau klausa yang sering tertera pada tiket, seperti “pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kerugian terhadap pengunjung yang menggunakan tempat meletak kenderaan berbayar di premis tersebut” membolehkan mereka ‘lepas tangan’ jika ada sesuatu berlaku pada kenderaan anda.

Namun, portal Free Malaysia Today melaporkan, orang awam yang kecurian kenderaan di tempat letak kereta kini berpeluang memperolehi pampasan daripada pengurusan tempat letak kereta berkenaan, sesuatu yang agak mustahil sebelum ini. Mahkamah Rayuan semalam membuat keputusan bersejarah apabila memperakukan ketetapan mahkamah sebelumnya bahawa pengurusan tempat letak kereta boleh disaman atas kecuaian.

Panel tiga hakim sebulat suara bersetuju dengan keputusan Mahkamah Sesyen mengarahkan sebuah syarikat pengurusan tempat letak kereta membayar pampasan RM117,000 kepada sebuah syarikat sewa kereta yang kecurian kenderaan di tempat parkir itu.

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu

Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa Sunway Parking Services Sdn Bhd mempunyai tanggungjawab memenuhi perjanjian apabila sebuah kereta milik Euro Rent A Car Sdn Bhd diletakkan di tempat letak kereta syarikat itu.

Hakim Hanippah Farikullah, Lee Swee Seng, dan Che Mohd Ruzima Ghazali bersetuju syarikat tidak boleh mengelak kebertanggungjawaban dengan menggunakan ‘fasal pengecualian’ dalam perjanjian itu. Fasal pengecualian itu selalunya tertera di tiket membawa maksud bahawa syarikat tidak bertanggungjawab atas sebarang kejadian pada kenderaan di tempat letak kereta berkenaan.

Penghakiman oleh Mahkamah Rayuan berkenaan disampaikan secara lisan dan peguam Euro Rent, Ameerul Aizat Noor Hazlan berkata, beliau akan memohon hujah keputusan bertulis kerana ia keputusan duluan. Katanya, hujah keputusan ini boleh memberi bantuan dalam memberikan kesedaran pemilik kenderaan dan pengurusan syarikat tempat letak kereta mengenai hak dan kebertanggungjawaban mereka.

JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Pada April 25, 2016, Euro Rent menyewa kereta dengan plat BNS 9066 kepada seorang warga Perancis, Hemici Sofiane. Dua hari kemudian, Sofiane meletakkan kereta itu di The Pinnacle Sunway di Bandar Sunway, Petaling Jaya kira-kira 2.30 petang tetapi mendapati kenderaan itu dicuri pada malamnya.

Rakaman CCTV menunjukkan kenderaan itu dicuri dan keluar daripada parkir berkenaan tanpa tiket. Ini dilakukan oleh pencuri dengan mengekori rapat kereta lain untuk keluar sebelum palang kawalan sempat diturunkan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Izralizam Sanusi, mendapati Sofiane membayar yuran tempat letak kereta dan pengurusan tidak boleh bergantung kepada syarat bahawa pemilik kenderaan bertanggungjawab penuh atas kenderaan yang diletakkan itu. Keputusan itu diperakukan di Mahkamah Tinggi pada 2018 dan keputusan Mahkamah Rayuan memperakukannya bermakna tidak ada rayuan lagi yang boleh dikemukakan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply