ARKIB

KATEGORI

Info

Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?

Info

Views

Ini info ringkas menarik yang ingin kami kongsikan bersama anda. Tahukah anda, ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan bagi memudahkan hidupan liar melintas dan mengelakkannya dari dilanggar oleh kenderaan? Inisiatif ini dikenali sebagai ‘jejambat hidupan liar‘ (Wildlife viaduct @ Eco viaduct).

JOM BACA >> INTIP : Persona MC2 dan Iriz MC2 versi crossover ‘berceloreng’ kembali beraksi di jalan raya

Menurut laman Facebook rasmi Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia, terdapat beberapa spesies hidupan liar yang sering menjadi mangsa kemalangan maut iaitu Malayan Tapir (Tapirus indicus), Kera (Macaca fascicularis), Babi Hutan (Sus scrofa) dan Harimau Dahan (Neofelis nebulosa) di Semenanjung Malaysia,

Salah satu usaha yang dilakukan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia bagi mengurangkan berlakunya kadar kematian hidupan liar akibat kemalangan maut ialah mewujudkan jejambat hidupan liar. Ia merupakan mekanisma jalan raya yang dinaikkan lebih tinggi berbanding jalan raya biasa bagi memudahkan hidupan liar melintas di bawahnya.

JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?

Jejambat ini juga berfungsi sebagai penghubung kepada dua kawasan hutan bagi memudahkan hidupan liar mencari makanan di kawasan hutan bertentangan tanpa perlu melintas kawasan jalan raya. Oleh itu, risiko hidupan liar tersebut dilanggar kenderaan adalah lebih rendah.

Di Semenanjung Malaysia terdapat 3 lokasi yang telah dibina dengan jejambat ini. Lokasi tersebut merupakan koridor hidupan liar iaitu di Sungai Deka di Terengganu, Sungai Yu di Pahang dan di Gerik, Perak.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia dan JKR Malaysia

JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?
JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi
JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply