ARKIB

KATEGORI

Buletin

KKM kesan lima kluster berpunca dari ziarah raya dan rentas negeri

Berita Tempatan

Views

Aktiviti ziarah ketika musim perayaan, rentas negeri dan mengadakan majlis sosial antara kluster baharu yang dikesan kelmarin dan kini sudah menjangkiti lebih 100 individu.

Menurut Berita Harian, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 38 kluster baharu dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) merangkumi 18 kluster di tempat kerja, komuniti (14), kumpulan berisiko (tiga) dan satu di pusat tahanan.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Beliau berkata, terdapat tiga kluster berpunca daripada aktiviti ziarah iaitu Kluster Kampung Mantera, Kota Bharu di Kelantan yang kini sudah menjangkiti 24 individu. Kes ini membabitkan aktiviti ziarah ketika sambutan perayaan yang berpunca dari kes indeks seorang lelaki berusia 36 tahun yang dilaporkan positif COVID-19 pada Selasa lalu hasil saringan individu bergejala.

Jelas beliau, kes mula menunjukkan pada 23 Julai lalu dan nama kluster merujuk kepada lokaliti, di mana penularan kes berlaku iaitu di Kampung Mantera, Banggu, Kota Bharu. Sehingga kini, seramai 32 individu sudah disaring dan 24 daripadanya disahkan positif virus, termasuk 20 kes baharu semalam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Bagi kluster ziarah kedua, Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kluster Dah Kampung Pokka di Padang Terap, Kedah membabitkan lelaki berusia 45 tahun selepas mengalami gejala sejak 20 Julai lalu. Sehingga kini, seramai 104 individu sudah disaring dan daripada jumlah itu 24 kes dilaporkan positif, termasuk enam kes baharu hari ini.

Kluster ketiga aktiviti ziarah dikenali Kluster Jalan Denai Enam di Johor Bahru yang kini sudah menjangkiti 25 individu. Mengenai aktiviti rentas negeri, Dr Noor Hisham berkata, terdapat dua kluster dikesan pihaknya iaitu Kluster Kampung Chenok Kadok serta Kluster Kampung Wakaf Stan dan kedua-duanya dikesan di Kelantan.

Katanya, kes ini mempunyai sejarah merentas negeri dari Putrajaya ke Kelantan pada 17 hingga 21 Julai lalu atas urusan menziarah keluarga dan sehingga kini sudah menjangkiti 13 individu. Kluster Kampung Wakaf Stan pula membabitkan aktiviti rentas negeri dari Kedah ke Kelantan pada 17 hingga 23 Julai lalu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply