ARKIB

KATEGORI

Buletin

KKM rasmikan ambulans tekanan negatif yang pertama di Malaysia

Berita Tempatan

Views

JKN Selangor menyediakan perkhidmatan dua ambulans dan sebuah van penumpang yang dilengkapi ciri-ciri khas bagi memindahkan pesakit COVID-19 dengan lebih selamat ke PKRC Maeps, Serdang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, ambulans dan van jenis Maxus V80 akan digunakan di PKRCB MAEPS 2.0 ini. Ia terdiri daripada sebuah ambulans tekanan negatif, sebuah ambulans dan sebuah van penumpang berkapasiti 15 tempat duduk.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Ambulans tekanan negatif ini merupakan yang pertama seumpanya di KKM dan Malaysia. Tekanan negatif di dalam ambulans ini dihasilkan menerusi perangkap ruang pengasingan dan udara dibersihkan dengan menggunakan penapis HEPA.

Udara hanya akan dikeluarkan atau discaj selepas ditapis dan ini akan menghalang patogen dan bakteria merbahaya daripada merebak. Sistem pengudaraan di dalam ambulans ini juga akan sentiasa dikawalrapi supaya berada pada tahap barometrik tertentu berbanding dengan udara luar.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Ambulans yang telah diuji dan terbukti dalam menangani penyebaran virus COVID-19 di Wuhan, China sebelum ini, turut dilengkapi kelengkapan seperti pod isolasi (isopod) dan pengusung khas yang bukan sahaja dapat menjaga pesakit, malah melindungi petugas perubatan yang mengendalikannya.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr Adham Baba di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC), MAEPS 2.0, pagi tadi. Turut hadir, beberapa tetamu kenamaan lain termasuk CEO Weststar Group, Tuan Syed Muhammad Ammar bin Syed Azman.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply