ARKIB

KATEGORI

Berita Automotif

Wanita maut Proton Persona terperosok di bawah lori makanan ayam

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita maut selepas kenderaan yang dipandu remuk dirempuh lori muatan makanan ayam yang dipercayai terbabas di Jalan Jelapang, pagi ini. Berita Harian melapokan, Noor Aishah Mohd Tahir, 26, yang cedera parah pada bahagian kepala disahkan maut oleh pegawai kesihatan di lokasi kejadian.

Ketua Zon 1 Bomba dan Penyelamat Jelapang, Nor Rasidamayati Abd Rasid, berkata berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.28 pagi memaklumkan berhubung kejadian sebelum anggota bergegas ke lokasi kejadian.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Setibanya di lokasi kejadian terdapat satu kereta yang berada di bawah lori dan terdapat seorang mangsa wanita di dalam kenderaan terbabit. Tindakan awal yang diambil adalah membersihkan tumpahan minyak yang berada di kawasan ini dan memotong punca elektrik yang berada di kawasan ini bagi memastikan operasi berjalan dengan selamat.

Anggota menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak petugas kesihatan. Menurutnya, bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengeluarkan mangsa kerana lori yang membawa muatan makanan ayam itu menghempap kereta.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Bomba terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa dari dalam keretanya yang remuk. Operasi dengan kekuatan tujuh anggota mengambil masa selama empat jam setengah untuk melakukan operasi mengeluarkan mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada jam 2.08 petang.

Menurutnya, difahamkan lori itu dari Lebuhraya Ipoh Lumut hendak keluar ke Meru, manakala kenderaan mangsa pula dari sungai Siput menghala ke Batu Gajah. Mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian kepala dan setakat ini punca kemalangan masih dalam siasatan polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply