ARKIB

KATEGORI

Buletin

KPDNKK kaji kaedah baharu bantu pengusaha minyak elak kerugian – Adakah petanda harga minyak bakal naik?

Views

Laporan dari Berita Harian mengatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kini sedang menjalankan kajian bagi mencari kaedah membantu pengusaha stesen minyak mengelak kerugian di bawah sistem sedia ada. Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata sistem penetapan harga minyak masih kekal, namun kaedah baharu itu akan membantu pengusaha stesen minyak mengelakkan kerugian besar apabila harga minyak turun.

Mengikut kaedah yang digunakan sekarang, pengusaha stesen minyak akan mengalami kerugian sekiranya harga bahan api itu terus turun dan dikhuatiri ramai yang akan tutup kedai. KPDNKK telah mengadakan perbincangan mengenai kaedah baharu tersebut bersama pengusaha stesen minyak dan apa sahaja keputusan nanti diharap dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Beliau turut berharap rakyat juga memahami tekanan yang dihadapi pengusaha stesen minyak di seluruh negara apabila harga minyak turun secara berterusan.

Semalam harga minyak mentah dunia turun ke paras terendah dalam tempoh tujuh bulan disebabkan lebihan penawaran global. Kejatuhan harga ini berlaku selepas berita kenaikan bekalan oleh beberapa pengeluar utama. Ini sekaligus menjejaskan usaha OPEC menyokong pasaran melalui pengurangan pengeluaran. Brent LCOc1 turun AS$1.29 kepada paras terendah AS$45.62 setong, harga terendah sejak 15 November lalu.

Adakah kenyataan dari Menteri KPDNKK tersebut memberi petanda harga minyak akan naik walaupun harga mentah dunia turun? Apakah mekanisma baharu penetapan harga minyak yang bakal diumumkan nanti hanya untuk menyelamatkan perniagaan pengusaha stesen minyak sahaja dan mungkin menafikan hak rakyat untuk mendapatkan harga minyak lebih murah sekiranya harga mentah dunia turun? Kita nantikan pengumuman rasmi dari KPDNKK nanti.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply