ARKIB

KATEGORI

Buletin

Dua pemenang peraduan Serikan Ramadan Bersama WOW dapat Proton Ertiga

Views

Saluran beli belah di rumah, CJ WOW SHOP, mengumumkan para pemenang peraduan Serikan Ramadan Bersama WOW. Mereka adalah, Puan Zuraila Binti Ahmad dan Lu Yew Sheng telah diumumkan sebagai pemenang hadiah utama sebuah Proton Ertiga baharu bernilai lebih daripada RM64,000. Sepuluh orang pembeli terpilih turut memenangi baucar membeli belah CJ WOW SHOP bernilai RM500 setiap seorang.

Peraduan yang bermula dari 15 Mei hingga 18 Jun bersempena dengan kempen jualan Ramadan tahunan CJ WOW SHOP telah menerima sambutan hangat dengan lebih 200 penyertaan yang berjaya dihantar. Para pemenang dipilih berdasarkan bilangan like yang diterima serta daya kreativiti bagi posting media sosial mereka.

Berikutan kejayaan peraduan Serikan Ramadan Bersama WOW, CJ WOW SHOP telah memulakan kempen jualan Serikan Raya Bersama WOW yang menonjolkan produk bagi persiapan Hari Raya. Bermula dari 19 Jun – 23 Julai 2017, pelanggan yang membuat sebarang pembelian dengan CJ WOW SHOP layak untuk menyertai Peraduan SMS ini. Arahan dan butiran penyertaan akan dihantar melalui SMS selepas pelanggan melengkapkan pesanan. Para pemenang akan dipilih berdasarkan bilangan penyertaan dan kreativiti slogan.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penawaran baru sempena Hari Raya ini, para pelanggan boleh mengikuti siaran demonstrasi CJ WOW SHOP melalui TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton. Produk boleh dibeli menerusi pelbagai platform termasuk:

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply