ARKIB

KATEGORI

Buletin

Krisis Rusia-Ukraine bikin harga minyak mentah ‘melambung’

Berita Global

Views

Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 (RM419.73) setong untuk kali pertama dalam tempoh tujuh tahun hari ini selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan ‘operasi ketenteraan’ ke atas Ukraine.

KOSMO! ONLINE melaporkan, harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$100.4 (RM421.41) setong selepas pengumuman tersebut yang mencetuskan kebimbangan pelabur bahawa konflik berskala besar akan berlaku di rantau Eropah Timur.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Peningkatan mendadak harga minyak itu berlaku selepas Putin membuat pengumuman mengejut di televisyen untuk mengisytiharkan keputusannya.

Katanya, beliau telah membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan dan berjanji akan bertindak balas terhadap sesiapa sahaja yang campurtangan dalam operasi Rusia.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Putin juga turut menggesa anggota tentera Ukraine meletakkan senjata mereka. Kenyataan tersebut dibuat selepas Kremlin berkata, pemimpin-pemimpin pemberontak di timur Ukraine telah meminta bantuan ketenteraan Moscow bagi menangani Kiev.

Harga minyak dunia meningkat sejak beberapa minggu lalu dan mengatasi paras AS$100 hari ini buat kali pertama sejak September 2014.

Eksekutif Bank Nasional Australia, Tapas Strickland berkata, ketegangan Rusia/Ukraine menyebabkan permintaan mengejut (untuk Eropah) dan lebih penting lagi, stok bekalan yang lebih besar untuk seluruh dunia berikutan peranan penting kedua-dua Rusia dan Ukraine dalam komoditi tenaga.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply