ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kumpulan kedua lapan buah LMS TLDM akan mula dibina tahun ini atau 2023

Berita Tempatan

Views

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjangkakan akan memulakan projek pembinaan kumpulan kedua lapan buah Kapal Misi Litoral (LMS) pada tahun ini atau tahun depan.

Menurut portal Defense Security Asia, Panglimanya Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berkata TLDM sedang berusaha untuk memastikan projek pembinaan kapal-kapal LMS kumpulan kedua berjaya dilaksanakan.

Kata beliau, pihaknya menjangkakan kapal-kapal LMS kumpulan kedua akan dapat direalisasikan pada tahun ini atau tahun depan, dan mereka sedang berusaha ke arah itu.

Beliau berkata demikian kepada kepada pemberita semasa majlis pentauliahan kapal LMS keempatnya iaitu KD Rencong di Pangkalan TLDM, Sepanggar baru-baru ini.

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Setakat ini katanya, pihak TLDM masih belum memutuskan pihak mana yang akan menghasilkan atau mereka bentuknya.

Ia menimbulkan persoalan sama ada kapal-kapal LMS kumpulan kedua yang bakal diperolehi oleh TLDM akan dihasilkan di limbungan dalam negara negara atau pun di luar negara, sebagaimana empat buah kapal LMS kumpulan pertama yang dibina di China.

Terdapat laporan mengatakan bahawa TLDM akan memperolehi tiga buah kapal LMS kumpulan kedua terlebih dahulu dalam fasa pertama manakala bakinya bakal diperolehi pada fasa kedua.

Perolehan lapan buah kapal LMS kumpulan kedua pada Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) sudah semestinya akan meningkatkan kemampuan TLDM dalam memelihara kedaulatan perairan negara terutama di Laut China Selatan yang sedang berhadapan dengan pencerobohan kapal-kapal pengawal pantai China.

Perolehan lapan buah kapal LMS kumpulan kedua oleh TLDM itu turut diperkatakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz di Parlimen pada akhir tahun lalu.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Kata Ikmal, bagi memastikan kedaulatan sempadan maritim negara sentiasa terpelihara, TLDM akan memperolehi lapan buah kapal Kapal Misi Litoral (LMS) dan 13 buah Kapal Pemintas Cepat (FIC) di dalam RMK-12.

Pada 28 Januari lalu, Panglima TLDM telah mentauliahkan kapal LMS miliknya yang keempat iaitu KD Rencong di Pangkalan TLDM, Sepanggar.

Mohd Reza berkata KD Rencong adalah sebuah daripada empat buah LMS yang telah diperoleh menerusi program transformasi TLDM 15 to 5.

Dengan kehadiran LMS KD Rencong yang berpangkalan di Kota Kinabalu, beliau yakin ia akan meninggkatkan lagi keupayaan Armada Timur bersama kapal LMS yang lain iaitu KD Keris, KD Sundang dan KD Badik.

KD Rencong mula dibina pada 19 September 2019 di Wuhan, China sebelum belayar ke Malaysia sejauh 1,811 batu nautika pada 21 Disember tahun lalu dan tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 28 Disember.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Markas Pemerintahan Armada Timur

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply