ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lamborghini antara empat kereta yang terlibat dalam kemalangan

Berita Tempatan

Views

Sebuah kenderaan mewah jenis Lamborghini yang dipandu seorang lelaki tempatan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Razak menghala ke Bulatan Pahang awal pagi tadi.

Menurut K! ONLINE, kejadian pada jam 8.40 pagi itu turut melibatkan beberapa buah kenderaan lain sehingga mengakibatkan kesesakan lalu lintas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kesemua pemandu kereta yang terlibat hanya mengalami kecederaan ringan dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Jelasnya, siasatan awal mendapati, kereta mewah jenis Lamborghini yang dipandu lelaki tempatan berusia 42 tahun tersebut menghala ke Bulatan Pahang dari arah KLIA.

Lelaki terbabit telah gagal mengawal kenderaan dan telah melanggar kereta jenis Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun, menyebabkan kenderaannya terbalik.

Kenderaan mangsa kemudiannya telah melanggar beberapa buah kenderaan lain yang berada di hadapannya, termasuklah Mazda2, Nissan Serena, Ford Ranger.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Mengulas lanjut, siasatan akan diteruskan sekiranya terdapat kenderaan lain yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Tambah beliau, pihaknya juga telah menjalankan ujian saringan air kencing serta alkohol terhadap pemandu Lamborghini tersebut dan keputusan adalah negatif.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu suatu kenderaan motor di jalan tanpa kecermatan dan perhatian yang sepatutnya atau tanpa pertimbangan yang munasabah terhadap orang lain.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JSPT KL

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply