ARKIB

KATEGORI

Tular

Lelaki libas sabit atas MPV polis positif dadah, ada 16 rekod jenayah

Tular

Views

Lelaki warga emas yang ditahan kerana mengamuk dengan melibas sabit di atas kereta peronda polis (MPV) di hadapan Balai Polis Gopeng pagi tadi didapati positif dadah jenis syabu dan heroin.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semakan lanjut mendapati suspek berusia 61 tahun itu turut mempunyai 16 rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.

Menurutnya, suspek memasuki kawasan balai berkenaan dengan menunggang motosikal yang dirampas daripada orang awam di Pasar Awam Lawan Kuda di Gopeng.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, suspek yang membawa parang dan sabit bersamanya dilihat melibas senjata itu di hadapan pintu masuk balai sebelum keluar menuju ke Jalan Ipoh-Kuala Lumpur.

Pergerakan suspek bagaimanapun disekat dan sebuah MPV polis diletakkan di tengah jalan bagi tujuan menghalang orang ramai melalui kawasan terbabit.

Tambahnya, suspek kemudian meluru dengan memanjat bumbung MPV serta melibaskan parang dan sabit bagi mengelakkan dirinya didekati polis.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Mior Faridalathrash berkata, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng membantu polis melakukan tangkapan dengan menyembur air ke arah suspek sebelum jatuh di atas jalan.

Suspek didapati mengalami kecederaan daripada proses tangkapan tersebut, namun tiada anggota cedera dalam kejadian itu.

Jelasnya, turut dirampas ialah sebilah parang, sabit panjang, sebuah motosikal dan empat anak kunci. Permohonan reman akan dilakukan esok (Khamis).

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply