ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sasar pemulihan jualan dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini

Berita Tempatan

Views

Proton mensasarkan untuk mengakhiri tahun 2021 dengan impak yang nyata setelah hampir tiga bulan mengharungi keadaan pasaran yang amat sukar berikutan Covid-19. Aktiviti pengeluaran, jualan dan eksport dibenarkan kembali beroperasi sekali gus bakal meningkatan hasil jualan bermula bulan September.

Dari bulan Jun hingga Ogos 2021, Proton berjaya menjual sebanyak 5,354 unit yang merangkumi campuran pendaftaran dalam talian dan eksport. Produksi terhad yang telah dijalankan di kilang Tanjung Malim mulai 5 Julai hanya bertahan untuk seketika berikutan kekurangan bekalan dari pembekal di Selangor.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sehingga penghujung Ogos, jumlah jualan adalah sebanyak 63,637 unit, meningkat sebanyak 1.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, jumlah jualan sehingga Ogos mencerminkan prestasi tinggi Proton dalam lima bulan pertama tahun ini.

Tambah beliau, meskipun tahun ini amat mencabar bagi industri automotif, pihaknya yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh 4 bulan terakhir tahun ini. Dengan kedua-dua kilang kini beroperasi, pihaknya juga boleh memulakan kembali aktiviti eksport ke pasaran luar negara.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Sebagai contoh, Pakistan akan menerima tiga penghantaran X70 sebanyak 108 unit pada bulan September termasuk pek CKD untuk Saga yang kini dijangkakan akan mula dipasang siap di sana pada akhir bulan Oktober.

Salah satu kunci kepada kebolehupayaan syarikat untuk membuka semula kilang adalah atas kejayaan pelan vaksinasi PIKAS. Data terkini menunjukkan lebih 93 peratus daripada warga kerja Proton telah divaksinasi sepenuhnya manakala lebih 75 peratus pekerja dari pembekal dan wakil jualan juga telah lengkap vaksinasi penuh.

Oleh itu, hampir keseluruhan ekosistem Proton dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti 100 peratus berdasarkan SOP semasa untuk pembukaan kilang dan premis perniagaan. Tambah Roslan, adalah terlalu awal untuk pihaknya mengetahui berapa cepat mereka dapat memenuhi tuntutan langganan yang belum dijelaskan, namun mereka akan berusaha merapatkan jurang saban hari.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply