ARKIB

KATEGORI

Tular

Bantu alihkan pokok tumbang di lebuh raya – Tindakan berani lelaki ini dapat pujian warganet

Tular

Views
@nina_yusoffSeronoknya tengok depan mata rakyat Malaysia prihatin. Simpan sini untuk kenangan 🥰♬ The Final Countdown (Originally Performed by Europe) [Instrumental Version] – Hit The Button Karaoke

Sanggup merisikokan keselamatan diri demi pengguna lebuh raya yang lain. Itu tindakan yang dilakukan seorang lelaki apabila dilihat cuba mengawal trafik di laluan sebuah lebuh raya selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang hampir separuh laluan.

Menurut K! ONLINE, walaupun bahaya, tetapi demi keselamatan orang lain, lelaki tersebut dengan beraninya turun dari keretanya dan bertindak mengawal kenderaan yang melalui kawasan itu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Aksi lelaki tersebut telah dirakam oleh isterinya, namun tidak dinyatakan lokasi tepat dan bila kejadian itu berlaku. Menerusi klip video berdurasi 54 saat itu, kelihatan beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu mengawal lalu lintas dan membantu mengalihkan pokok yang menghalang laluan itu.

Rata-rata orang ramai memuji sikap lelaki terbabit bersama beberapa pengguna jalan raya yang lain yang bertungkus lumus mengawal dan membersihkan laluan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Antara yang memberikan komen, Azwan Majid yang berkata pengguna jalan raya di Malaysia memang terbaik dan sanggup gadai nyawa demi orang lain.

Tambahnya tindakan ini dapat mengelakkan kemalangan sementara menunggu bantuan dari pihak konsesi lebuh raya. Turut meninggalkan komen adalah Aien Rahmat yang berkata, besar pahala bila mengalihkan sesuatu yang menghalang jalan untuk kemudahan org ramai dan semoga urusan semua dipermudahkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply