ARKIB

KATEGORI

Tular

Lancer gagal potong Bezza dan bertembung dengan lori, tiga cedera

Tular

Views

Tindakan pemandu kereta yang cuba memotong kenderaan di hadapan membawa padah apabila bertembung dengan sebuah lori di laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Ulu Yam, Batu 23, hari ini.

Menurut Utusan Online, kejadian dipercayai berlaku pukul 8.06 pagi ketika sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer dari arah Batu Caves sedang dalam perjalanan ke Ulu Yam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintenden Azman Shariat berkata, ketika melalui lokasi kejadian, pemandu Mitsubishi Lancer berkenaan cuba untuk memotong sebuah Perodua Bezza namun gagal lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

JOM BACA >> Bukan prop filem pulak dah… sebenarnya untuk uji nilai kenderaan pengiring

Katanya, kemalangan itu turut melibatkan kereta Perodua Bezza dan sebuah kereta jenis Volkswagen Scirocco. Akibat itu, pemandu serta dua penumpang Bezza warga Vietnam berusia 24 hingga 30 tahun mengalami kecederaan.

Pemandu Bezza patah pada bahu dan kaki manakala salah seorang daripada penumpangnya mengalami patah pada leher. Menurut Azman, ketiga-tiga mereka kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Selayang.

Jelasnya, pemandu Lancer dan Scirocco yang masing-masing berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu lori berusia 51 tahun pula luka di bahagian kaki.

JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao

Semua pihak yang terlibat telah membuat laporan polis kecuali mereka yang menaiki kereta Bezza kerana masih mendapatkan rawatan di hospital.

Siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Hari ini tular video menunjukkan beberapa buah kenderaan terlibat dalam kemalangan di Jalan Ulu Yam.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat itu, kelihatan tiga buah kereta dipercayai dipandu laju sebelum salah sebuah daripadanya bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”
JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton
JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply