ARKIB

KATEGORI

Buletin

Langgar lari di LPT1, wanita minta bantuan orang awam cari pemandu Mazda CX-5

Berita Tempatan

Views

Seorang wanita meminta pertolongan orang awam agar mencari pemandu sebuah Mazda CX-5 berwarna merah yang telah melanggar lari adik perempuannya dan suami di Lebuhraya Pantai Timur (LPT1), Selasa lalu.

Menurut hantaran tular di aplikasi X, kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal tersebut berlaku sekitar pukul 1.15 petang, kira-kira dua kilometer sebelum susur keluar Plaza Tol Gambang.

JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?

“Adik saya dan suami dilanggar oleh sebuah Mazda CX-5. Saya ingin meminta pihak yang terlibat agar menghubungi kami dengan kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

“Kami berharap pihak yang terlibat ada rasa tanggungjawab terhadap kemalangan yang menimpa adik saya. Orang yang dilanggar itu bukan kuman kecil.

“Mohon sesiapa yang kenal pemilik atau pemandu untuk tampil ke hadapan. Semoga Allah SWT mudahkan urusan kita semua,” katanya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurut wanita sama, keluarganya telah membuat laporan dan menyerahkan rakaman kamera pemuka kenderaan (dashcam) kepada pihak berkuasa.

“Kami juga sudah serahkan segala butiran mengenai kenderaan tersebut kepada polis.

“Elok sahaja orang santai bawa motor, itu pun masih ada yang langgar. Tak pastilah (pemandu) main telefon atau mengantuk. Sudahlah langgar langgar orang, lari pula tu,” katanya kesal.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 36,000 tontonan dan 190 tanda suka di aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kecil kredit Nur Syamiera

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply