ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebih 200 buah stesen minyak Shell kini dijana dengan tenaga solar

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia telah mencatat satu lagi kejayaan dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam operasi mobiliti syarikat melalui pemasangan panel solar di 216 buah stesen minyak Shell di seluruh negara dengan kerjasama Cleantech Solar.

Setakat ini, sebanyak 22,5050 keping panel Foto Voltaic (PV) solar dengan jumlah kapasiti sebanyak 10.12 megawat (Mwp) telah dipasang di bumbung-bumbung 216 buah stesen minyak Shell.

Sebagai contoh, jumlah panel solar yang kini dipasang di stesen-stesen Shell mampu menjana tenaga elektrik sebanyak 12,939 Mwj. Jumlah ini cukup untuk membekalkan kuasa kepada anggaran 3,740 isi rumah selama setahun.

Pemasangan panel solar di stesen-stesen minyak membantu menambah bekalan tenaga dan mengurangkan kebergantungan terhadap pembekal kuasa elektrik tempatan. Ini memberikan penjimatan elektrik yang lebih tinggi kepada stesen secara jangka panjang.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Menurut Pengurus Besar Mobility Shell, Seow Lee Ming, pihaknya setakat ini pihaknya telah memasang panel solar di 216 buah stesen dan jumlah ini akan meningkat kepada 350 buah stesen menjelang akhir tahun 2022.

Shell Damansara Jaya dan Shell Taman Connaught merupakan dua buah stesen minyak pertama di Malaysia yang menerima Persijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI) pada tahun 2019.

Syarikat juga merupakan yang pertama di rantau Asia Pasifik yang menerima persijilan GBI ini. Shell juga telah membuka Shell Mint Hotel yang merupakan contoh sebuah “stesen minyak masa depan” dan menjadi Stesen Minyak Pertama di Malaysia dengan Persijilan GBI Emas.

Selain daripada menggunakan tenaga solar, stesen ini turut memiliki ciri-ciri lestari seperti mesin kompos sisa makanan yang mengubah sisa makanan menjadi baja, penyaman udara dan penyejuk yang cekap tenaga, kemudahan kitar semula dan pemasangan sistem lampu LED di kawasan mengisi minyak.

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?

Bagi mengurangkan penggunaan air daripada sistem bekalan air perbandaran, sistem pengumpulan air hujan telah digunakan untuk mengumpul dan menyimpan air hujan yang digunakan semula di stesen seperti di bilik air.

Setakat ini, Shell telah menerima persijilan GBI untuk lima buah stesen di Malaysia termasuk Shell Taman Connaught, Shell Damansara Jaya, Shell Mint Hotel, Shell Tangkak Layby dan Shell Alor Pongsu.

Kumpulan Shell telah menetapkan sasaran untuk menjadi perniagaan tenaga dengan pelepasan sifar bersih menjelang tahun 2050 seiring dengan matlamat dunia. Usaha ini juga selaras dengan cita-cita Malaysia ke arah mencapai status Neutral Karbon pada tahun yang sama.

Menerusi bekalan tenaga yang lebih bersih dan penyelesaian mobiliti yang inovatif untuk Malaysia, Shell berharap dapat membangunkan dan meningkatkan kecekapan sektor tenaga dengan menawarkan produk dan perkhidmatan dengan pelepasan karbon yang lebih rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply