AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) dengan kerjasama Setel kini menawarkan perkhidmatan pembelian insurans kereta secara digital dengan cara yang cepat, selamat dan mudah kepada pemandu.
Menerusi kerjasama ini, pengguna Setel boleh membeli pelan insurans motor AXA – SmartDrive Enhanced dengan mudah melalui aplikasi tersebut.
Pelanggan kini boleh menerima sebut harga segera, membeli insurans motor dan menerima e-polisi mereka, semuanya melalui aplikasi Setel.
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
Pelanggan juga boleh memperoleh mata ganjaran Mesra dengan setiap pembelian insurans motor menerusi aplikasi ini.
Ia juga dilengkapi dengan pilihan perlindungan yang fleksibel dan mengikut ketetapan masing-masing, membolehkan pengguna mendapat perlindungan segera mengikut keselesaan mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AXA, Emmanuel Nivet, pihaknya teruja untuk bekerjasama dengan Setel kerana ia bukan sahaja akan membuka peluang lebih besar, malah dapat menawarkan pengalaman insurans dalam talian yang berintegrasi kepada pelanggan.
Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan, matlamat utama kerjasama ini adalah bagi memudahkan akses terhadap proses pembelian insurans motor, serta menjadikannya lebih mesra dan lancar untuk pemandu.
JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
Pelanggan terawal yang membeli insurans melalui aplikasi Setel akan menerima diskaun 10 peratus tambahan selain Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) mereka dari 28 Februari hingga 27 Mei 2022.
Selain itu, 500 pengguna pertama yang berjaya membeli insurans melalui Setel akan menerima e-Baucar Penghantaran KFC bernilai RM20 untuk masa terhad dari 28 Februari hingga 27 Mac 2022.
Pelan insurans motor AXA SmartDrive Enhanced menawarkan perlindungan komprehensif di jalan raya termasuk perkhidmatan tunda kenderaan secara percuma sehingga 30km, bantuan kecemasan tepi jalan 24/7, waranti pembaikan dan kelulusan tuntutan yang pantas.
Pelanggan juga boleh memilih manfaat tambahan seperti perlindungan untuk cermin depan, banjir dan bencana alam, penepian pembaikan dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.setel.com.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
KOMEN TERKINI