Belum lagi dilancarkan secara rasmi, gambaran awal Proton S70 versi Hatchback telah berjaya disiapkan oleh sahabat kami yang juga pakar dalam manipulasi digital, iaitu Theophilus Chin@Theottle.
Sekilas pandang, S70 Hatchback versi Theottle ini dari arah belakang mirip model Škoda Fabia kerana reka bentuk belakang model itu telah dijadikan sebagai asasnya.
Menurut Theottle, S70 Hatchback ini sesuai untuk dijadikan pengganti kepada model Suprima S yang juga versi hatchback kepada Prevé.
Persoalannya kini, adakah Proton mempunyai perancangan untuk menghidupkan kembali Suprima S memandangkan S70 (P380A@SS11) nanti akan menjadi pengganti kepada Prevé?
Sebenarnya, reka bentuk profil badan keseluruhan S70 yang berasaskan Geely Emgrand itu memang sesuai untuk dijadikan hatchback kerana nisbah perkadarannya (proportion) tidak kelihatan ‘janggal’.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
Tempahan mengesahkan tempahan model sedan ini telah pun mula dibuka sejak 1 November 2023 dengan bayaran sebanyak RM500.
Proton S70 (P380A@SS11) akan ditawarkan dalam empat pilihan varian, iaitu:
- 1.5T Executive
- 1.5T Premium
- 1.5T Flagship
- 1.5T Flagship X
- Rim aloi bersaiz 16-inci
- Lampu hadapan jenis halogen
- Butang penghidup enjin dan ciri kemasukan pintar (pintu sebelah pemandu sahaja)
- 5 slot USB, 4 pembesar suara
- 6 beg udara
- Paparan meter monokrom bersaiz 3.25-inci
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) dan Bantuan Mendaki (HHA)
- Kawalan Jelajah
- Amaran Lintasan Trafik Dari Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang, Amaran Buka Pintu dan Bantua Tukar Lorong
- Paparan unit inforia bersaiz 8-inci – ressolusi 1024 x 600 Linux
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
- Bolong pendingin hawa di belakang
- Lampu hadapan jenis LED
- Pendingin hawa automatik
- Jejalur lampu belakang
- Lampu hadapan automatik
- Kemasan dalaman jenis kulit buatan (leatherette)
- Kamera undur, penderia parkir di hadapan dan belakang
- Rim aloi bersaiz 17-inci
- Bukaan pintu but belakang induktif
- Paparan meter jenis TFT bersaiz 10.25-inci berdefinisi tinggi – resolusi 1920 x 720 Atlas + Android
- Tempat duduk pemandu kuasa
- Pengecas nirwayar
- Kamera 360 darjah
- Sistem pemantau tekanan tayar
- Bantuan Pemandu Termaju (ADAS 2.0 sama seperti model X90) – Bantuan Kekal Lorong Kecemasan (ELKA) dan APA tidak ditawarkan.
- Arahan Suara (Hi Proton!)
- Bumbung suria (sunroof)
Difahamkan, Proton menawarkan aksesori kit badan penuh dan spoiler kecil pada pintu but belakang sebagai aksesori pilihan. Anda boleh menonton pembikinan S70 Hatchback versi Theottle ini menerusi pautan video di atas.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theottle
Foto rasmi Proton S70 (SS11)
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI