ARKIB

KATEGORI

Buletin

Shell FuelSave 95 bahan api pilihan utama 10 kelab kereta di Malaysia

Views

Shell FuelSave 95 kini diperakui sebagai bahan api pilihan utama 10 kelab kereta di Malaysia. Inisiatif ini merupakan sebahagian dari kempen Shell “Ekstra Kilometer, Ternyata Berbeza”, yang menyerlahkan keupayaan mantap Shell FuelSave 95, yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Menerusi satu acara yang dilangsungkan secara maya , wakil-wakil daripada 10 kelab kereta, iaitu Proton Ambassadors of Malaysia, Myvi Gen.3 Club, HR-V Club Malaysia, Civic FC Club Malaysia, Geng Alza Biru Malaysia, Vios Yaris Owners Club, Mazda 3 Owner Club Malaysia, Kelab AruzR Malaysia, Nissan X-Trail Club Malaysia dan Volkswagen Club Malaysia secara rasminya menyokong kelebihan dan perbezaan ekstra Shell FuelSave 95.

Sokongan ini merupakan hasil dari kolaborasi dengan kelab-kelab kereta sejak tahun 2019 untuk menguji keupayaan Shell FuelSave 95. Kini, Shell FuelSave 95 akan memperkasakan lebih dari 50,000 ahli kelab kereta dan dijangka akan menempuh jarak perjalanan melebihi 75,000km melalui pelbagai aktiviti yang dirancang bersama apabila kerajaan mengumumkan kelonggaran sekatan COVID-19.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Kerjasama ini juga membolehkan Shell mendapat maklum balas pantas dari ahli kelab kereta mengenai pengalaman dan prestasi Shell FuelSave 95. Maklumat ini amat penting untuk pihak Shell sentiasa meningkatkan kecekapan bahan api untuk memberikan ekstra kepada para pengguna.

Di samping itu, kelab-kelab kereta juga akan dijemput secara ekslusif untuk mencuba produk baru Shell. Menurut Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd., Shairan Huzani Husain, bahan api Shell dibangunkan menerusi kepakaran teknologi, penyelidikan rapi sejak berdekad lamanya dengan mengutamakan keperluan pengguna.

Pihaknya turut berbesar hati kerana begitu banyak pakar kereta memilih Shell FuelSave 95 untuk kereta mereka. Kerjasama ini mencerminkan keyakinan ahli kelab kereta terhadap keupayaan Shell FuelSave 95 yang memberikan ekstra kilometer.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kata wakil dari Myvi Gen.3 Club, Mohd Affan Bin Mohd Aris, Shell FuelSave 95 sentiasa menjadi bahan api pilihan mereka dan akan mengesyorkannya kepada rakan, sahabat dan ahli keluarga. Wakil dari HR-V Club Malaysia, Mohamad Nazri Jamil, pula berkata, dia sendiri berasa kagum kerana petrol ini memberikan penjimatan ekstra kerana purata penggunaan bahan apinya adalah lebih baik berbanding dengan bahan api lain.

Bagi meraikan sokongan dari 10 kelab kereta, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 5 peratus ke atas baucar Shell RM30 dan RM50 di Shopee selama 10 hari, bermula dari 13 – 22 Ogos 2021 dengan menggunakan kod promoEKSTRAKM’ (terhad kepada 2,000 kod sehari).

Rakyat Malaysia juga boleh menonton ‘The Ekstra Onz Show’ menerusi laman Facebook ERA FM untuk ekstra hiburan, memenangi ekstra ganjaran dan mendapatkan tip-tip yang berguna untuk menikmati ekstra penjimatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply