ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lebuhraya Pan Borneo bagi fasa dua akan diteruskan

Berita Tempatan

Views

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo bagi fasa dua akan diteruskan di Sarawak.

Utusan Online melaporkan, beliau berkata, ini termasuk Red Line dan Missing Link bagi melengkapkan rangkaian jalan raya sedia ada dengan secara lebih terancang, sistematik dan efisien.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Namun katanya, pelaksanaan fasa dua hanya dapat diteruskan dengan lancar jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus kekal menjadi kerajaan di Sarawak.

Ujar beliau, sebenarnya bajet telah diluluskan termasuk fasa dua tapi apabila bertukar kerajaan, bajet itu dibatalkan.

Itu sebab mengapa pihaknya tidak boleh meluluskan fasa dua serta menaik taraf jalan sedia ada. Jika tidak berlaku pertukaran kerajaan, pastinya projek ini diteruskan.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Tambahnya, beliau berharap dalam dua minggu ini, kerajaan GPS akan kekal di Sarawak, barulah projek dapat diteruskan demi kepentingan rakyat Sarawak.

Kerajaan Persekutuan juga akan menunjukkan komitmen, pihaknya akan bincang bagaimana untuk meneruskan fasa dua dan Red Line serta Missing Link.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Jalan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Pakej 03 bagi Seksyen Serian, hari ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Pan Borneo Sabah

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply