ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki maut dirempuh Proton Exora terbabas di pasar malam

Berita Tempatan

Views

Seorang lelaki maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang hilang kawalan di pasar malam di Kampung Lapan, Bachang, di Melaka, malam tadi.

K! ONLINE melaporkan, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa, Tan Kay Sniah, 59, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku selepas MPV jenis Proton Exora dipandu seorang peniaga pasar malam berusia 71 tahun hilang kawalan.

Katanya, MPV itu terbabas ketika keluar dari tapak parkir berhadapan Medan Selera Taman Kenanga menghala ke Jalan Tokong.

Ketika memandu keluar, warga emas berkenaan gagal mengawal MPV tersebut dan merempuh mangsa yang sedang berjalan kaki serta tiga buah kenderaan lain di hadapannya.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Akibat kemalangan itu, pejalan kaki tersebut disahkan maut di lokasi akibat kecederaan parah, manakala mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

Tambahnya, selepas kemalangan tersebut, MPV terbabit turut melanggar sebuah lori ketika cuba mengundurkan kenderaan dari lokasi.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply