ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lembah Klang beralih ke Fasa 2 Jumaat ini, tiada lagi sekatan jalan raya

Berita Tempatan

Views

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 bersetuju untuk membenarkan kawasan Lembah Klang iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa Dua berkuat kuasa Jumaat ini.

K! ONLINE melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa turut memutuskan Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama sekali gus menjadikan pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Katanya, keputusan itu dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Antara kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa Dua sebelum ini, seperti yang ditetapkan oleh MKN iaitu rentas daerah dibenarkan kepada individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Tambahnya, pasangan suami isteri jarak jauh yang lengkap divaksin pula dibenarkan untuk merentas negeri termasuk ibu bapa yang telah mendapat dua dos vaksin dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Selain itu, Ismail Sabri berkata kelonggaran bagi individu yang lengkap dua dos vaksin juga termasuk dine-in di premis makanan manakala aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan inap desa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Ismail Sabri Yaakob

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply