Dua ekor lembu dikesan berkeliaran di Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP) pagi Ahad menjejaskan laluan kenderaan dan menyebabkan kesesakan di lebuh raya itu.
Tular beberapa video di media sosial memaparkan dua haiwan itu berlari di sepanjang lebuh raya di sekitar Kelana Jaya menuju Puchong.
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
Satu perkongsian di Facebook menunjukkan lembu-lembu berkenaan melintasi pembahagi jalan dan melanggar sebuah Perodua Myvi hingga menyebabkan kerosakan kecil di bahagian depan kenderaan terbabit.
Selain itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail berkata pihaknya sedang meneliti kejadian itu kerana tiada laporan polis berkenaan kes itu dilaporkan.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Beliau juga berkata, ketika ini pihaknya sedang membuat pengesahan sama ada kumpulan lembu berkenaan merupakan lembu korban sempena perayaan Aidiladha atau sekadar lari daripada pemiliknya.
Sebelum itu, tular di aplikasi Tiktok dan Facebook beberapa video menunjukkan dua ekor lembu beserta tali di leher melalui Lebuh Raya LDP.
Manakala satu lagi video memaparkan dua individu sedang menarik seekor lembu yang terlepas di hadapan sebuah pasar raya di Kelana Jaya. – Buletin TV3
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI