ARKIB

KATEGORI

Tular

Liat nak bayar ansuran bulanan, ramai pemilik ‘Ysuku’ dalam senarai

Tular

Views

Pemilik sebuah kedai motosikal mendedahkan kira-kira 160 individu kini ‘disenarai hitamkan’ kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman mereka.

KOSMO! ONLINE melaporkan, perkongsian tersebut dibuat menerusi laman Facebook Motor Mok Mung, daripada jumlah itu, lebih 50 peratus adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau (Ysuku).

Jelas kedai itu lagi, kebanyakan mereka tertangguh bayaran antara enam bulan sehingga 36 bulan (tiga tahun) dan kesemua pinjaman dibuat menerusi pinjaman kedai (loan kedai).

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Selain Yamaha Y15R, antara motosikal yang masih tertunggak bayaran adalah Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS.

Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

“Amaran tunggakan motor loan kedai. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

“Pandai hutang, pandai bayar. Anda settle (jelaskan) bayaran, kami delete (buang) nama anda dari senarai ini, ” tulis mereka di Facebook semalam. Difahamkan kedai berkenaan terletak di sebuah negeri di Pantai Timur.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka yang membeli motosikal tetapi tidak membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai.

“Amboi pandai buat pinjaman bila nak bergaya suruh bayar liat memasing,” tulis Muhammad Syarafi. Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Shahiruddin Ismail.

“Ini baru betul biar papa asal bergaya, ikut sangat trend Y15 dengan NVX, konvoi sana konvoi sini tapi hutang tak nak bayar,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Motor Mok Mung

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply