ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lima unit kereta peronda Myvi ‘lapor diri’ – Sumbangan Perodua untuk kegunaan PDRM dengan nilai RM400k

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima lima unit Perodua Myvi 1.5 Advance bernilai RM400,000 untuk kegunaan daerah Gombak dan Hulu Selangor.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamad berkata, nilai itu termasuk kos penyelenggaraan selama dua tahun yang disumbangkan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Menurutnya, tiga unit kenderaan akan ditempatkan di Balai Polis Serendah, Hulu Selangor dan Rasa manakala masing-masing satu unit di cawangan pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor serta IPD Gombak.

Tambahnya, kenderaan ini akan digunakan bagi tugasan pencegahan jenayah dan rondaan selain mendekati masyarakat dalam usaha membanteras jenayah.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Selain itu, ia juga dapat menampung keperluan di IPD Hulu Selangor dan Gombak. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Perodua oleh Pengerusi Perodua Tan Sri Asmat Kamaludin kepada Polis Kontinjen Selangor di Auditorium Perodua Academy di Rawang, hari ini.

Arjunaidi berkata, penggunaan kenderaan itu dilihat setara dengan masyarakat yang sekali gus dapat membantu dalam penugasan pencegahan jenayah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply