ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lori baja jatuh gaung, pemandu dan kelindan maut

Berita Tempatan

Views

Pemandu dan kelindan maut selepas lori dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer (KM) 43.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak petang semalam.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, pemandu lori terbabit, Nazli Misnon, 56 dan kelindannya, Anwar Tushali Arimi Mualimin, 25 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan mendapati lori yang membawa muatan baja itu dari Sabak Bernam, Selangor menghala ke Raub, Pahang.

Menurutnya, lori itu hilang kawalan di selekoh 43.5 KM lalu terbabas ke kiri jalan dan terjunam ke dalam gaung. Akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa tersepit di bawah lori dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Zaiham berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambah Zaiham, pihaknya memohon mana-mana pihak yang melihat kejadian itu untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ujarnya lagi, pengguna jalan raya juga dinasihatkan agar sentiasa memandu kenderaan masing-masing secara berhati-hati dan berhemah serta memastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik serta selamat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply