ARKIB

KATEGORI

Buletin

NHTSA siasat kemalangan ke-12 melibatkan sistem Autopilot Tesla dengan kenderaan kecemasan

Berita Global

Views

Pengawal selia Amerika Syarikat telah mengenal pasti kemalangan ke-12 yang melibatkan kenderaan kecemasan dan Tesla yang dipandu dalam sistem Autopilot.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Nasional (NHTSA) menyatakan bahawa kemalangan itu berlaku di Orlando pada Sabtu yang lalu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Ketika kejadian, seorang pegawai Peronda Lebuhraya Florida telah menarik sebuah SUV Mercedes-Benz di dengan kereta peronda Dodge Chargernya dan secara tiba-tiba sebuah Tesla Model 3 berwarna putih  merempuh kedua-dua kenderaan terbabit.

Pemandu Tesla memberitahu pegawai bahawa dia telah mengaktifkan sistem Autopilot kereta sejurus sebelum perlanggaran. Menurut Reuters, laporan polis yang dikeluarkan Rabu lalu mendedahkan, pegawai tersebut itu “nyaris dirempuh kerana pada ketika itu dia berada di luar kereta perondanya”.

Sebagai respon mengenai kejadian itu, NHTSA telah mengeluarkan surat 11-halaman kepada pengarah kualiti lapangan Tesla, Eddie Gates, menuntut pengeluar kenderaan itu menjawab puluhan pertanyaan.

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran

Semua jawapan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 22 Oktober 2021 dan sekiranya gagal memberi jawapan balas, Tesla boleh dikenakan penalti maksimum sehingga $114,954,525 (RM477,556,292).

NHTSA sebelum ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai 17 kecederaan dan satu kematian yang berkaitan dengan 11 kemalangan terdahulu, melibatkan kenderaan Autopilot dan kecemasan. Kematian disebabkan oleh Model 3 yang merempuh sebuah trak bomba diparkir di Indiana.

Agensi itu menyatakan bahawa sebahagian besar dari 12 insiden berlaku pada waktu malam dan meminta Tesla memberikan perincian bagi menjelaskan bagaimana sistem Autopilot mengesan dan bertindak balas terhadap kenderaan kecemasan, lampu berkelip, suar jalan, kon, tong dan keadaan cahaya rendah.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply