ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota do Brazil tawar petani beli kereta baharu guna ‘Sistem Barter’

Berita Global

Views

Masa anda belajar di sekolah dulu mesti pernah dengar istilah ‘Sistem Barter‘ kan? Kini Toyota do Brazil sedang memperluaskan perkhidmatan mereka, bagi membolehkan petani memperdagangkan tanaman mereka untuk membeli kenderaan baharu.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Toyota Barter pada mulanya diperkenalkan sebagai projek perintis pengeluar kereta Jepun itu sejak 2019 dan ia telah berkembang ke sembilan negeri di seluruh Brazil. Toyota berkata, 16 peratus daripada jualan mereka datangnya dari usahawan tani, jadi angka ini boleh berkembang dan melayani pelanggan dengan lebih baik.

Menurut Pengurus Jualan Langsung Toyota do Brasil, José Luis Rincon Bruno, sejak 2019 pada awalnya mereka mula menerima bijirin untuk pembelian kereta. Kini, mereka berpeluang untuk menjadikannya kaedah rasmi untuk usahawan tani dan meluaskan kehadiran Toyota serta menjadi penyumbang kepada salah satu sektor ekonomi utama negara.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Calon pembeli boleh memperdagangkan sejumlah tanaman yang dihasilkan di Brazil, seperti jagung dan kacang soya dan akan dibayar mengikut nilai pasaran setiap beg bijirin atau kekacang. Buat masa ini hanya tiga model ditawarkan menerusi kaedah barter, iaitu Hilux, Fortuner (SW4) dan Corolla Cross.

Ia hanya ditawarkan menerusi pasukan khusus dalam pengedar tertentu, namun Toyota mengatakan bahawa pihaknya berhasrat untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini. Kata Naib Presiden Eksekutif Komersial dan Operasi NovaAgri, Fabricio Mazaia, menerusi Toyota Barter, pihaknya boleh menawarkan kemudahan unik untuk para petani yang sentiasa melihat Hilux sebagai sasaran peribadi untuk perniagaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply