ARKIB

KATEGORI

Tular

Lori rempuh 8 kenderaan dipercayai alami masalah brek, pemandu ditahan

Tular

Views

Masalah brek dipercayai punca pemandu gagal mengawal lori lalu merempuh lapan kenderaan di Lebuh Raya Puchong-Bukit Jalil (berhadapan Mercedes Hap Seng), petang tadi.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Izuddin Ab Wahab berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah menerima laporan kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan batu kerikil dan lapan kenderaan sekitar pukul 2 petang.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Kemalangan dipercayai berlaku semasa lori berkenaan datang dari arah Bukit Jalil menghala Puchong. Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh lapan kenderaan yang berada di hadapannya.

Menurutnya, semasa kejadian didapati keadaan kenderaan di lokasi kemalangan bergerak perlahan ekoran faktor kesesakan. Jelas beliau, perlanggaran dipercayai berlaku ekoran masalah pada sistem brek lori yang tidak berfungsi dengan baik.

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

Justeru, katanya, pihak polis menahan pemandu lori yang merupakan rakyat tempatan berusia 34 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tambahnya, semakan mendapati pemandu berkenaan mempunyai 13 rekod saman lampau yang telah dijelaskan dan berdasarkan ujian alkohol yang dijalankan mendapati negatif.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply