ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengeluaran Lotus Elise, Exige dan Evora bakal berakhir tahun ini – Model kereta sports hibrid bakal diperkenal tahun depan

Berita Global

Views

Agak lama juga kita tidak mendengar perkhabaran mengenai ‘janda’ Proton iaitu Lotus kan? Lotus secara rasmi telah mengesahkan yang mereka akan mula mengeluarkan sebuah kereta sports baharu pada penghujung tahun ini.

Dalam masa yang sama mereka turut mengumumkan bahawa pengeluaran beberapa model sedia ada seperti Elise, Exige, dan Evora akan berakhir tahun ini. Model kereta sports baharu yang dikenali sebagai ‘Type 131’ itu dikhabarkan akan berada di atas posisi Evora dan akan menjadi pengganti kepada Esprit.

JOM BACA >> IMBAU KEMBALI : Rupanya Proton Sembilu pernah wujud di era 90-an

Setakat ini, masih belum ada pengesahan sama ada model baharu itu akan meneruskan legasi nama Esprit atau sebaliknya. Pada masa yang sama, Lotus turut mengeluarkan foto acah memaparkan tiga model baharu yang masih dilitupi kanvas di samping model hypercar elektrik Evija yang akan turut memasuki fasa pengeluaran tahun ini.

Ketiga-tiga model itu memberi bayangan kepada kereta sports generasi baharu yang akan meneruskan kesinambungan model Elise, Exige, dan Evora. Ia bakal dihasilkan di Hethel, UK yang telah diubahsuai bagi merealisasikan sebahagian daripada strategi ‘Vision80‘ syarikat tersebut.

Mengikut perancangan tersebut, Lotus akan memindahkan dua fasiliti sub-pemasangan menjadi satu pusat operasi di Norwich bagi memenuhi permintaan tinggi. Lotus juga telah menambah 250 orang tenaga kerja, sebagai tambahan kepada 670 orang kakitangan yang telah mula berkhidmat sejak September 2017, semasa Geely dan Etika menjadi mengambil alih syarikat itu.

JOM BACA >> INTIP : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Y Suku V3) mulakan ujian di Malaysia

Tenaga kerja baharu itu nanti akan diserapkan ke bahagian kejuruteraan dan pembuatan untuk Lotus Cars dan Lotus Engineering, manakala sebahagiannya lagi akan ke Pusat Teknologi Termaju di Warwick, pada hujung tahun ini.

Type 131 dikatakan bakal menggunakan seni bina pelantar aluminium yang telah dirombak semula dan ketika ini digunakan pada model Elise, Exige, dan Evora. Dikhabarkan kereta sports baharu itu nanti akan terus mengekalkan enjin 3.5-liter V6 dari Toyota tetapi ia bakal digandingkan bersama motor elektrik dan juga pek bateri.

Ura-ura mengatakan, output yang mampu dihasilkan oleh model baharu ini nanti adalah sekitar 500 kuasa kuda! Selain itu, pengenalan model ini juga memberi isyarat bahawa legasi model Elise, Exige, dan Evora bakal berakhir. Menurut CEO Lotus Cars, Phil Popham, Lotus kini sedang adalah melihat ke depan dan masa depan mereka penuh dengan inovasi yang berterusan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> PANAS! Foto Proton Iriz R3 Limited Edition sekali lagi tertiris, kali ini lebih jelas!
JOM BACA >> PANAS : Saga R3 Limited Edition ke tu?
JOM BACA >> Proton X30 – Versi ‘katik’ X50
JOM BACA >> Bezza GR pulak dah… nak lawan Toyota Vios
JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply