ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lotus terima suntikan dana besar dari Geely – Bakal lancar dua model baharu

Views

Laman sesawang Motor1 melaporkan pengeluar kereta sport ikonik British, Lotus yang dibeli oleh Geely pada 2017 bakal menerima suntikan dana yang besar supaya ia dapat bersaing dengan nama-nama besar seperti Ferrari, McLaren, dan Porsche. Kata jurucakap Geely kepada Automotive News, syarikat tersebut mempunyai cita-cita yang sangat besar untuk Lotus dan beliau turut memberi petunjuk yang jenama tersebut bakal meluaskan pasaran ke China dan Amerika Syarikat.

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales pernah berkata sebelum ini, Geely akan melaburkan wang yang besar sebelum beliau melepaskan jawatannya dalam syarikat tersebut. Difahamkan pelaburan tersebut bakal menyaksikan pengenalan dua model segmen baharu Lotus, sebuah hypercar elektrik dan juga SUV.

Untuk membina model-model ini, Lotus telah mengambil begitu ramai tenaga kerja. Lebih 100 jawatan kosong dibuka kepada umum secara atas talian dan Lotus mencari individu yang berpengalaman dengan kenderaan hibrid dan elektrik, sekaligus mengesahkan desas-desus pembangunan model tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Perodua Aruz terdedah semasa tiba di bilik pameran

Pelan masa hadapan Lotus adalah sama seperti yang pernah dicadangkan oleh Dany Bahar, namun ia kini lebih realistik. Semasa dibawah kepimpinannya dahulu, Lotus mengumumkan bakal melancarkan lima model baharu, antaranya Esprit, Elite, Elan, Eterne dan Elise, namun tiada satu pun yang direalisasikan sekaligus menyaksikan penyingkiran Bahar dari syarikat tersebut.

Setelah tujuh tahun berlalu, Lotus kini merancang beberapa model baharu, setakat yang diketahui buat masa ini hanyalah dua, bukan lima. Namun begitu, bajet Lotus di bawah Geely kini berganda berbanding semasa di bawah pengurusan Proton dahulu. Pada kami, Lotus bakal bangkit dengan bantuan dana dari Geely yang sebelum ini telah berjaya memulihkan Volvo sehingga mencatatkan keuntungan hingga mampu mewujudkan satu lagi subjenama di bawahnya iaitu, Polestar.

Apa pendapat anda? Kami sebenarnya menjangkakan Lotus bakal membuat kejutan di Geneva tahun ini dengan memperkenalkan model konsep SUV pertama mereka. Jika betul tekaan kami, sudah pasti ia bakal menjadi SUV sport yang paling dinantikan dan kami jangka ia bakal dibangunkan dari pelantar Seni bina Modular Kompak (CMA) yang turut dikongsi bersama dengan Volvo XC40, Geely F11 dan Lynk & Co 02.

JOM BACA >> Gambaran digital ‘mirip model sebenar’ Proton Iriz MC2 rekaan TheAjerul

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply