ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lumba haram di LEKAS – Enam kenderaan mewah disita, tujuh lelaki ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan tujuh lelaki dan menyita enam kenderaan mewah dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) arah selatan, awal pagi tadi.

Menurut Berita Harian, operasi dijalankan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bermula jam 2 pagi, dalam usaha membanteras kegiatan lumba haram di lokasi terbabit hasil risikan dan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata menerusi operasi itu 10 kenderaan dan 10 lelaki yang sedang menonton aksi perlumbaan diperiksa untuk tindakan lanjut.

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

Hasil pemeriksaan lanjut, pihaknya menahan dua lelaki yang disyaki penganjur perlumbaan serta lima yang lain kerana memandu secara melulu dan berbahaya (berlumba) serta menyita enam kenderaan.

Semua yang ditahan berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun. Semua yang ditahan bersama kenderaan yang disita kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk siasatan lanjut.

Tambah beliau, siasatan ke atas dua suspek yang disyaki penganjur dan terbabit dengan wang pertaruhan sesama mereka dijalankan mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala lima lagi mengikut Seksyen 42(1) akta sama.

JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?

Enam kenderaan terdiri daripada sebuah Nissan GTR, BMW, Mercedes Benz, Toyota Vellfire dan dua Honda disita mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tujuan siasatan.

Pihak polis masih membuat siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada terdapat pihak lain yang terbabit dan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) dan 81(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Zaid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya JSPT komited membanteras sebarang aktiviti perlumbaan haram atau pemanduan yang berbahaya kerana boleh mendatangkan risiko kepada semua pengguna jalan raya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian sebegini boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply