ARKIB

KATEGORI

Buletin

M-Force siar video acah model baharu, nampak macam Keeway GT270 kan?

Berita Tempatan

Views

Laman Facebook Mforce TV hari ini mula mengacah warganet model motosikal terbaharu mereka menerusi video acah berdurasi 10 saat.

Dijangka pelancaran model tersebut akan disiarkan secara maya menerusi saluran YouTube dan Facebook Mforce TV.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Buat masa ini belum diketahui bilakah tarikh pelancaran model tersebut dan apa yang pasti ia akan muncul dalam waktu yang terdekat. Jika melihat kepada imbasan bentuk lampu hadapan model tersebut, ia kelihatan seperti sebuah skuter.

Menerusi komen-komen di laman Facebook itu, ada warganet yang menjangkakan model yang bakal diperkenalkan nanti adalah model skuter maxi,  atau Keeway Vieste di pasaran negara Eropah.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Model ini telah pun dilancarkan secara rasmi Thailand pada tahun lalu. Di Thailand, ia dikuasakan enjin silinder tunggal empat-lejang bersesaran 278.2cc yang dipadankan transmisi automatik CVT.

Trenkuasa ini mampu menjana ouput maksimum 22 kuasa kuda pada 7,250rpm dengan daya kilas maksimum 23Nm pada 6,000rpm. Enjin dengan teknologi EFI itu menepati piawaian Euro 4 dengan kapasiti tangki bahan api 12 liter.

Ia ditawarkan dengan pilihan varian standard dan Extreme Version. Varian standard dijual pada harga THB 119,900.00 (RM15,436.89), manakala varian Extreme Version dijual pada harga THB 134,900 (RM17,368.11).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply