ARKIB

KATEGORI

Buletin

Penunggang superbike buat aksi ‘wheelie’ dalam video tular dikenal pasti

Berita Tempatan

Views

Polis mengenal pasti individu tular di media sosial yang memaparkan beberapa buah motosikal berkuasa tinggi ditunggang secara berbahaya di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau juga dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menurut Utusan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya telah mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang merakam aksi berbahaya tersebut.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Sehubungan itu jelas beliau, polis akan mengesan penunggang-penunggang motosikal berkenaan bagi melengkapkan siasatan. Katanya, satu laporan diterima dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Hamizah Ahmad Rosli di talian 013-2064 682 bagi membantu siasatan.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi kira-kira 45 saat yang memaparkan penunggang dua buah motosikal berwarna merah dan biru melakukan aksi mengangkat tayar hadapan atau ‘wheelie’ pada kelajuan tinggi tular di media sosial baru-baru ini.

Sebahagian sedutan video itu turut memaparkan panel meter motosikal individu yang membuat rakaman yang menunjukkan ia dipecut sehingga kelajuan melebihi 280 kilometer sejam (km/j).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply