ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mabuk dan rempuh SJR – Pemandu Toyota Vellfire ditahan

Berita Tempatan

Views

Polis menahan seorang lelaki yang memandu di bawah pengaruh alkohol dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di Georgetown, semalam.

Menurut Sinar Harian, dalam kejadian jam 8.30 malam, lelaki berusia 57 tahun yang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire itu datang dari arah Georgetown menuju ke Bayan Lepas dikatakan memandu secara berbahaya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki itu telah melanggar kon keselamatan pertama yang dipasang dan diseret hingga sampai ke tepi khemah petugas keselamatan.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Menurutnya, ketika kejadian seramai 15 anggota keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan Rela sedang bertugas di SJR berkenaan namun kesemua petugas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, anggota yang bertugas terkejut mendengar bunyi dentuman dan selepas kenderaan terbabit berhenti, polis bertindak menahan lelaki berkenaan.

Hasil ujian penafasan yang dibuat mendapati lelaki terbabit di bawah pengaruh alkohol dengan kandungan bahan itu melebihi had yang dibenarkan. Soffian berkata, disebabkan kejadian itu beberapa peralatan seperti papan tanda SJR, kon keselamatan dan lampu beacon rosak.

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

Semakan dibuat mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau namun pernah menerima 38 saman yang kebanyakan disebabkan kesalahan memandu laju. Bagaimanapun tambah beliau, kesemua saman berkenaan telah dijelaskan.

Beliau berkata, suspek kini direman dua hari untuk tindakan lanjut dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 45(A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu tambahnya, lelaki berkenaan turut akan disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 26 (2) Akta Polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply