Nampaknya, negara jiran kita Brunei yang mendapat terlebih dahulu model Proton X70 Special Edition (SE) yang masih lagi belum dilancarkan di Malaysia. Di sana, versi tersebut dikenali sebagai X70 Exclusive Edition (EE) dan menurut hantaran di Facebook Pad Motors Proton Brunei, hanya 37 unit sahaja yang akan ditawarkan. Memang betul-betul eksklusif!
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Model X70 EE ini ditawarkan dengan pilihan warna Ocean Blue dan kemasan warna badan dwitona pada bahagian bumbung serta cermin sisi. Ia turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 19-inci, emblem EE dan kemasan tempat duduk kulit Nappa berwarna hitam.
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
Tempahan untuk model ini mulai dibuka dan jika dilihat pada ruangan komen, ada beberapa individu yang menunjukkan minat pada model tersebut. Kami juga memperolehi tambahan foto X70 EE yang dimuat naik oleh salah seorang penasihat jualan Proton, bernama Fadli.
Menurutnya, mereka yang menempah, boleh mendapat baucar tunai sebanyak $1000 (RM3,108) dengan pembelian model Edisi Eksklusif ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k
KOMEN TERKINI