ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia bakal terima trak taktikal berat baharu Oshkosh dari Amerika Syarikat

Berita Global

Views

Pengeluar trak dari Amerika Syarikat (AS), Oshkosh Defense LLC baru-baru ini telah dianugerahkan kontrak oleh Jabatan Pertahanan (DOD) AS dengan nilai sebanyak US$16,708,584.00 (RM69,823,711.79) untuk membekalkan trak berat ke tiga buah negara, termasuklah Malaysia.

Menurut portal Asia Pacific Defense Journal, Malaysia bakal menerima model trak taktikal berat baharu Oshkosh dari negara “Uncle Sam” itu. Dua lagi negara yang bakal menerima trak tersebut termasuklah Iraq dan juga Lubnan.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Trak tersebut merangkumi M1120A4 Heavy Expanded Mobility Tactical Trucks (HEMTT), sistem pengendalian beban M977A4 HEMTT, trak kargo M977A4 HEMTT, lori tangki minyak M978A4 HEMTT dan trak Pengangkut Peralatan Berat M1070A1.

Tidak diketahui trak khusus mana yang akan diterima oleh Tentera Darat Malaysia dan berapakah jumlahnya, kerana tada pecahan yang diberikan oleh DOD AS. Trak-trak ini akan dibina di fasiliti Oshkosh Defense yang terletak di Oshkosh, Wisconsin.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Dijangka tarikh penyelesaian kontrak adalah pada 31 Januari 2022. Siri trak HEMTT adalah platform trak berat standard Tentera Darat AS dan digunakan dalam pelbagai peranan logistik dan juga sokongan.

Trak taktikal seberat 10 tan dengan pacuan 8×8 ini telah pun berkhidmat dengan Angkatan Darat AS sejak tahun 1982 sebagai pengganti kepada trak M520 Goer.

Varian terbaru HEMTT mempunyai kombinasi abjad dan nombor A4 di belakang sirinya. Ini merupakan kali pertama Tentera Darat Malaysia mengendalikan trak dari jenis HEMTT.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply