ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan bulan pertama Proton selepas PKP berjaya lepasi angka 10,000 unit

Berita Tempatan

Views

Proton berjaya menjual sebanyak 10,380 unit kenderaan pada bulan September, sekali gus merupakan bulan yang sangat produktif bagi syarikat pembuat kereta tempatan itu.

Pegangan pasaran pula dianggarkan sekitar 23.9 peratus dengan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) sekitar 43,500 unit.

Bagi 2021, pegangan pasaran kini berada pada 23 peratus, lebih tinggi jika dibandingkan dengan angka penutup tahun lalu, sebanyak 20.7 peratus.

Model Saga memacu jualan Proton bulan lalu dengan jualan sebanyak 3,907 unit. Ini terus mengekalkannya sebagai peneraju segmen-A dan menjadikannya model paling popular dari segi jualan model secara individu.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Jualan dua model SUV, X50 dan X70 kekal utuh dengan peningkatan penyerahan, masih-masing sebanyak 2,431 unit dan 1,577 unit.

Sebanyak 27,312 unit SUV telah dijual oleh Proton tahun ini, bersamaan 37.4 peratus jualan keseluruhan tahunan syarikat sebanyak 73,017 unit. Model Persona dan Iriz 2022 pula mencatatkan jualan bulan pertama yang memberangsangkan.

Meskipun bahagian produksi terkesan dengan kekurangan bekalan komponen, Proton masih mampu untuk menyerahkan 1,440 unit Persona dan 749 unit Iriz, yang juga menampilkan varian Iriz Active.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah, pihaknya amat berpuas hati dengan pencapaian baik syarikat bulan lalu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Sebenarnya, mereka mampu untuk menjual lebih dari 10,380 unit, namun disebabkan negara masih proses pemulihan pandemik, ia memberi kesan kepada pembekal-pembekal industri automotif.

Tambahnya, kekurangan bekalan cip dan komponen lain menyebabkan pihaknya perlu berhati-hati apabila membuat anggaran jualan, kerana kapasiti produksi tertakluk kepada perubahan semasa.

Sementara itu, semua rangkaian jualan dan pusat servis Proton telah dibuka di seluruh negara, berikutan semua negeri berada pada Fasa 2 dan ke atas dalam Pelan Pemulihan Negara.

Operasi masih lagi akan dikawal dengan SOP ketat bagi memastikan jumlah individu yang terhad di dalam premis selain pelanggan yang telah mendapat vaksinasi lengkap.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply