ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) 2024 pamer teknologi terkini termasuk elektrifikasi

Berita Tempatan

Views

Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) kali keenam membuka tirainya semalam bertempat di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC).

Pameran selama tiga hari itu telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook. Siri ekspo kenderaan komersial pertama dan terbesar di Malaysia itu menerima penyertaan daripada jenama tempatan dan antarabangsa.

Dengan berlatarbelakangkan aspek digitalisasi, elektrifikasi dan adaptasi prinsip ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tata Kelola), acara tersebut menyaksikan peningkatan jumlah pempamer berbanding tahun 2022 sewaktu pandemik.

Penganjur MCVE 2024, Stefan Pertz berkata, pihaknya sangat berbesar hati dengan sokongan menggalakkan yang diterima dan berjaya menarik minat lebih banyak jenama berbanding edisi terdahulu.

Menurut Pertz, adaptasi teknologi adalah penting buat semua jenama yang beroperasi dalam sektor pengangkutan jalan kerana wujudnya tekanan tambahan daripada para pelanggan yang mahukan perkhidmatan lebih baik.

Sebagai penaja utama, MAN Truck & Bus Malaysia jelas mengoptimumkan ruang yang disediakan oleh MCVE dengan melakukan debut jentera penyelesaian pengangkutan harian yang versatil, iaitu MAN TGE Van.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Ia merupakan salah satu van paling laris di Eropah dan dikuasakan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter yang jimat bahan api, rendah emisi dan sangat mudah untuk diubah suai.

Model ini ditawarkan dalam bentuk Van Panel, Chassis Cab, Crew Cab, Combi Van atau Mini Bus. Pengarah Urusan MAN Malaysia, Andrew O’Brooks berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada MCVE sekali lagi.

PETRONAS Lubricants International pula merupakan Rakan Minyak Pelincir Rasmi MCVE pada tahun ini dan bakal mempamerkan Fluid Technology Solution dalam sektor komersial serta industri.

Penyelesaian ini melibatkan produk-produk di bawah jenama PETRONAS Urania, PETRONAS Tutela, PETRONAS Iona dan PETRONAS Industrial Solutions.

Produk tersebut menawarkan pelbagai manfaat yang signifikan seperti penjimatan bahan api, meningkatkan kecekapan dan meminimumkan tempoh tidak boleh beroperasi untuk seluruh armada pelanggan.

Selain itu, turut dipamerkan PETRONAS SmartPay yang merupakan penyelesaian pengurusan armada daripada PETRONAS yang menyepadukan operasi serta menambah baik aspek kos yang lebih cekap.

Pakar penapisan dari Jerman, Hengst turut mengambil peluang untuk menggunakan sepenuhnya pameran ini sebagai kanvas bagi pelbagai aktivitinya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Meraikan ulang tahun ke-10, Hengst Asia Pacific meningkatkan kewujudannya dengan menjadikan Asian Trucker R&R sebagai ruang untuk semua deligasi menjalin rangkaian perhubungan.

Bukan itu sahaja, Hengst juga akan mengiktiraf rakan-rakan perniagaan menerusi satu acara anugerah sebagai sebahagian daripada Asian Trucker Networking Night Powered by Hengst yang bakal diadakan pada Jumaat, 10 Mei 2024.

Antara nama-nama besar yang menyertai pameran ini termasuklah CelcomDigi, Angka-Tan Motors, Allegiance Malaysia, YonMing, HAMMAR, ZF, HYVA dan Tenming.

Asian Trucker Networking Night turut menjadi satu institusi yang diiktiraf oleh industri sebagai satu acara tahunan yang penting. Selain pameran, seminar dan pembentangan akan diadakan sepanjang tiga hari tersebut.

MCVE tahun ini menandakan satu permulaan baharu: elektrifikasi dalan industri pengangkutan kini menjadi semakin arus perdana.

Beberapa trak elektrik dipamerkan kepada umum semasa acara ini bakal dilancarkan secara rasmi. Kesungguhan dan semangat terhadap kenderaan itu juga cukup terjelas melepasi batasan ekspo ini.

Penganjur MCVE 2024 berharap pendedahan ke atas teknologi-teknologi baharu di pameran ini akan mengujakan semua pihak yang terlibat.

MCVE 2024 dibuka bermula 10.00 pagi hingga 7.00 malam selama tiga hari dari 9 Mei hingga 11 Mei 2024 dan masuk adalah percuma. Sila layari www.mcve.com.my untuk maklumat lanjut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply