ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lelaki pecut Perodua Myvi sejauh 14 kilometer hingga terbabas, takut ‘kantoi berdua-duaan’ dengan kekasih

Berita Tempatan

Views

Bimbang terkantoi berdua-duaan dalam kereta, pasangan kekasih nekad melarikan diri dengan memecut kenderaan dinaiki mereka sejauh kira-kira 14 kilometer dari kawasan Hutan Simpan Masjid Tanah hingga ke Paya Lebar dekat Alor Gajah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, seorang lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu bertindak memecut keretanya dalam kejadian pada 9.30 malam.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Menurutnya, lelaki itu bertindak demikian sejurus berselisih dengan kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan hutan simpan berkenaan.

Setibanya di Paya Lebar, kereta itu terbabas ke tepi jalan sebelum pemandunya terus melarikan diri. Anggota peronda yang tiba di tempat kejadian membuat pemeriksaan ke atas kenderaan itu namun tidak menjumpai barang salah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Terdapat seorang wanita berusia 26 tahun di dalam kereta, namun mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan. Ashari berkata, anggota peronda kemudiannya menghantar wanita itu ke rumah saudaranya di Telok Gong.

Pihaknya sudah mengenal pasti suspek dan siasatan mendapati lelaki itu dipercayai melarikan diri kerana takut ditahan oleh pihak polis sebab berdua-duaan dengan teman wanitanya itu di dalam kereta.

Semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply