ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mangsa mungkin merokok sebelum kereta meletup

Berita Tempatan

Views

Insiden kereta meletup dan terputus dua sehingga mengorbankan pemandunya dipercayai akibat mangsa merokok dalam kenderaan yang sarat dengan mercun bola. Menurut Berita Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, punca sebenar kejadian belum dapat disahkan kerana menunggu siasatan Unit Forensik dan Unit Bom Bukit Aman.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika kereta terbabit sedang berhenti di lampu isyarat. Kata beliau, ada saksi mendakwa, ketika kejadian mangsa merokok dan membuka sedikit tingkap sebelum letupan berlaku. Polis Kelantan memohon bantuan unit berkenaan untuk membuat analisis dan mereka dalam perjalanan ke negeri itu, hari ini.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Tambahnya, hasil analisis termasuk punca kejadian dijangka diperoleh tidak lama lagi. Dalam kejadian jam 5.38 petang di Jalan Pintu Geng, Kampung Sireh di Kota Bharu semalam, mangsa Wan Hassan Wan Ali, 49, maut di tempat kejadian, manakala lima kenderaan lain turut terbakar.

Letupan itu menyebabkan empat kenderaan rosak dan empat mangsa lain cedera termasuk seorang cedera parah. Kejadian itu menyebabkan kereta Proton Iswara dipandu mangsa rentung dan terputus dua.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Mengulas lanjut, Shafien berkata, letupan itu agak kuat kerana mewujudkan kesan dalam radius 100 meter termasuk kenderaan berdekatan, masjid, rumah penduduk dan tadika. Katanya, nilai kemusnahan dalam kejadian itu belum diketahui memandangkan mangsa lain termasuk penduduk di lokasi terkesan dengan kejadian itu belum membuat laporan polis.

Pihaknya minta semua mangsa membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan termasuk menilai jumlah kerugian. Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada mangsa terbabit dengan aktiviti penyeludupan mercun berikutan mangsa mempunyai dua rekod kesalahan dadah serta pecah rumah sebelum ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply