ARKIB

KATEGORI

Tular

Marshal konvoi buat hal lagi, kini sedang dikesan polis

Berita Tempatan

Views

Polis sedang mengesan individu yang bertindak sebagai marshal memberi arahan kepada kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan sebagaimana video tular di laman sosial Facebook, semalam.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, video berdurasi tiga minit itu memaparkan sekumpulan konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Ujarnya, rakaman tersebut menunjukkan aksi marshal memberi arahan kepada sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke kiri lorong jalan.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan

Ia bagi membenarkan sekumpulan lebih kurang 20 buah motosikal berkuasa tinggi melalui laluan tersebut. Dalam rakaman tersebut dipercayai konvoi berkenaan bergerak dari arah Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, Melaka melepasi kawasan Jalan Tanjung Agas, Pasir Panjang Port Dickson.

Aidi Sham berkata, pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut. Pihaknya menyeru kepada mana-mana yang memiliki maklumat kejadian untuk menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan ke pihak siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Port Dickson di talian 06-6472222.

JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

Beliau berkata, siasatan dijalankan bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967, Sekyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (halangan lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59(Kaedah 12(3)(A) – (Kesalahan di garisan berkembar).

Tambah beliau, seseorang marshal tidak dibenarkan memberi apa jua arahan bagi tujuan menahan atau memberhentikan kenderaan atau melencong kehadiran tanpa kehadiran mana-mana pegawai polis.

Pihak polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalulintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply