ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masalah brek punca bas Kolej Vokasional Batu Pahat rempuh 11 kenderaan

Berita Tempatan

Views

Bunyi seakan-akan ribut disusuli dentuman kuat, antara pengalaman ngeri dilalui seorang pemandu lori ketika turut menjadi mangsa kejadian bas merempuh 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Tan Swee Hoe, Jalan Kluang, dekat sebuah hospital swasta, pagi ini.

Nahas jam 10.20 pagi itu dipercayai berpunca daripada bas milik Kolej Vokasional Batu Pahat, yang mengalami masalah brek, sebelum merempuh kenderaan sedang menunggu lampu isyarat.

Kemalangan itu juga menyebabkan sebahagian besar kenderaan termasuk kereta mewah Mercedes Benz mengalami kerosakan teruk.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, Suherman Saim, 40, berkata sebelum kejadian, dia ketika itu memandu lori satu tan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Jalan Parit Raja.

Katanya, ketika itu keadaan tenang dan dia yang memandu lori dengan muatan papan tanda, berada di lorong kiri bersama beberapa kenderaan lain berikutan lampu isyarat masih merah.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

“Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi sesuatu. Ingatkan ribut, saya pandang melalui cermin belakang dan lihat bas. Kemudian, dentuman kuat kedengaran dan beberapa kenderaan kelihatan seperti ‘rojak’ selepas dirempuhnya.

“Ketika itu, saya sempat elak ke tepi jalan, namun belakang lori pula dirempuh kenderaan lain yang turut terbabit dalam kemalangan.

“Pada masa sama, saya diberitahu ada mangsa tersepit di dalam kereta Toyota Vios namun berjaya diselamatkan atas bantuan orang awam,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Katanya, walaupun lori dipandunya tidak seteruk kenderaan lain, dia masih merasai gegaran bagaimana rempuhan itu berlaku.

Dalam pada itu, pemandu bas yang enggan dikenali berkata, dia sudah habis menekan brek bas sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat terbabit.

Malangnya, disebabkan brek bas mengalami kerosakan, kenderaan dipandu lelaki berusia 50-an itu meluncur dan merempuh beberapa kenderaan lain.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Bas ini sudah berusia 26 tahun, ada kalanya dihantar untuk selenggara. Sebelum ini, bas ini kerap alami kerosakan walaupun diselenggara,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Kluang dari kedua-dua arah. Kenderaan menghala ke bandar dari Jalan Bintang dan kawasan berhampiran dilencongkan ke Jalan Tan Swee Hoe.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 10.30 pagi. Beliau berkata, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua lori dan sembilan kereta.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan sebuah bas dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang, hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

Bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat, namun kemalangan itu hanya membabitkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan.

Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Mohd Kamal

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply